Monday, December 7, 2020

Published December 07, 2020 by SJ with 0 comment

Pentadbiran Harta Pusaka Bersama As-Salihin

 

Satu benda penting yang saya rasa tersedar dari lamunan bila belajar ilmu pengurusan pusaka ni ialah betapa ramainya antara kita ni tak sedar kita ni bukan pemilik harta mutlak.

--- >> "Tak payah buat wasiat. Wasiat masih boleh ditentang oleh waris faraid. Buang karan aje. Hibah sahajalah semua. Senang. . Kita yang penat kumpul harta, suka hati kitalah nak agih macam mana."
👆. Biasa dengar kan.
Harta pusaka orang Muslim memang tak boleh lari daripada pengagihan faraid.
Tetapi dengan adanya wasiat, pengurusan pusaka itu akan jadi lebih mudah. Sebab dalam wasiat terkandung fungsi-fungsi ini :
1) Perlantikan wasi
2) Penyenaraian hutang
3) Hasrat pengagihan harta termasuk maksimum 1/3 kepada bukan waris faraid.
4) Perlantikan penjaga harta anak bawah umur
5) Pesanan terakhir
Jika tiada wasiat, berkemungkinan carca marbalah urusan pusaka si mati. Lagi-lagi tiadanya wasi khusus yang dilantik.Fungsi no 1-5 seperti di atas pun sukar dilaksana secara berstruktur.
Wasiatlah yang akan menjadi bukti apa yang arwah hajatkan bagaimana hartanya akan diagihkan dengan harapan semua waris faraid bersetuju. Jika semuanya sepakat, proceed. Jika ada yang menentang, maka yang menentang akan mendapat bahagiannya mengikut kiraan faraid.
"Itu yang tak suka tu..ada yang menentang pulak"..Respond si polan.
Sebenarnya itu yang paling berat bila kita tak nampak kita ni hanya pemegang amanah pada harta yang Allah pinjamkan pada kita. Bila kita meninggal, harta itu dialirkan pula kepada waris faraid kita. Itu dah memang termaktub dalam Quran.
"Saya mahu isteri saya dapat lebih.?"
Ada instrument pengurusan harta yang lain contohnya hibah & PAPB yang boleh kita sediakan untuk waris yang kita nak pelihara haknya. Tapi janganlah sehingga menidakkan hak diri kita sendiri. Maksudnya janganlah semua dibagi pada orang sehingga tiada harta langsung yang boleh diguna untuk membayar hutang contohnya.
Komprehensif kan sebenarnya pengurusan harta Islam? Yang menjadi masalah tak mahu ambil tahu & berat pula nak bertindak..Huhu.
Jika nak ambil tahu boleh contact saya www.wassap.my/60122417935.. saya sedia bantu☺
Read More
Published December 07, 2020 by SJ with 0 comment

Kenapa Suami Biasanya Letak Nama Isteri Sebagai Penerima Hibah Takaful ?


 6 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑩 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑳𝑼𝑵𝒀𝑨 𝑺𝑼𝑨𝑴𝑰 𝑳𝑬𝑻𝑨𝑲 𝑰𝑺𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑮𝑨𝑰 𝑷𝑬𝑵𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳

1. Isteri bergantung sepenuhnya pendapatan suami ketika suami hidup, hibah takaful sebagai ganti pendapatan suami yang hilang.
2. Suami mahu isteri mempunyai wang tunai sementara harta pusaka dicairkan dan isteri boleh membayar bahagian waris lain untuk harta pusaka jadi hak isteri sepenuhnya contoh rumah.
3. Bahagian faraid yang diterima 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 adalah 𝟏/𝟖 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 jadi suami mahu isteri dapat lebih harta kerana isteri yang akan mengambil alih sepenuhnya peranan membesarkan anak.
4. Suami belum memiliki harta jadi dengan hibah takaful memastikan isteri memiliki harta seperti rumah dengan wang hibah takaful yang dituntut.
5. Semua sebab diatas adalah tanda kasih sayang, cinta dan penghargaan suami buat isteri.
6. Supaya pendidikan anak-anak dan kebajikan anak-anak terjaga.

Yang belum ambil takaful, boleh contact me untuk free consultation. Buat isteri yang suaminya liat nak ambil takaful pun boleh jugak..ada caranya untuk anda pastikan suami ambil takaful dan hibahkan pampasannya pada isteri.

www.wassap.my/60122417935

Salmiwati Jamili
Zurich Takaful
Read More