Monday, December 7, 2020

Published December 07, 2020 by SJ with 0 comment

Pentadbiran Harta Pusaka Bersama As-Salihin

 

Satu benda penting yang saya rasa tersedar dari lamunan bila belajar ilmu pengurusan pusaka ni ialah betapa ramainya antara kita ni tak sedar kita ni bukan pemilik harta mutlak.

--- >> "Tak payah buat wasiat. Wasiat masih boleh ditentang oleh waris faraid. Buang karan aje. Hibah sahajalah semua. Senang. . Kita yang penat kumpul harta, suka hati kitalah nak agih macam mana."
👆. Biasa dengar kan.
Harta pusaka orang Muslim memang tak boleh lari daripada pengagihan faraid.
Tetapi dengan adanya wasiat, pengurusan pusaka itu akan jadi lebih mudah. Sebab dalam wasiat terkandung fungsi-fungsi ini :
1) Perlantikan wasi
2) Penyenaraian hutang
3) Hasrat pengagihan harta termasuk maksimum 1/3 kepada bukan waris faraid.
4) Perlantikan penjaga harta anak bawah umur
5) Pesanan terakhir
Jika tiada wasiat, berkemungkinan carca marbalah urusan pusaka si mati. Lagi-lagi tiadanya wasi khusus yang dilantik.Fungsi no 1-5 seperti di atas pun sukar dilaksana secara berstruktur.
Wasiatlah yang akan menjadi bukti apa yang arwah hajatkan bagaimana hartanya akan diagihkan dengan harapan semua waris faraid bersetuju. Jika semuanya sepakat, proceed. Jika ada yang menentang, maka yang menentang akan mendapat bahagiannya mengikut kiraan faraid.
"Itu yang tak suka tu..ada yang menentang pulak"..Respond si polan.
Sebenarnya itu yang paling berat bila kita tak nampak kita ni hanya pemegang amanah pada harta yang Allah pinjamkan pada kita. Bila kita meninggal, harta itu dialirkan pula kepada waris faraid kita. Itu dah memang termaktub dalam Quran.
"Saya mahu isteri saya dapat lebih.?"
Ada instrument pengurusan harta yang lain contohnya hibah & PAPB yang boleh kita sediakan untuk waris yang kita nak pelihara haknya. Tapi janganlah sehingga menidakkan hak diri kita sendiri. Maksudnya janganlah semua dibagi pada orang sehingga tiada harta langsung yang boleh diguna untuk membayar hutang contohnya.
Komprehensif kan sebenarnya pengurusan harta Islam? Yang menjadi masalah tak mahu ambil tahu & berat pula nak bertindak..Huhu.
Jika nak ambil tahu boleh contact saya www.wassap.my/60122417935.. saya sedia bantu☺

0 comments:

Post a Comment