Monday, May 31, 2021

Published May 31, 2021 by SJ with 0 comment

HAK FARAID SEORANG ISTERI

Soalan daripada seorang balu muallaf :


Apa ye hak isteri tu..? 1/8 tu je ke.. Ada non Muslim dok query. why did she was the one who sacrificed in the marriage, but his husband's siblings got the inheritance? Macam mana ye nak jelaskan yang ni? 


Jawapan :


Kalau ikutkan hukum faraid, hak isteri memang 1/8 jika ada anak. Kalau ada anak-anak lelaki dan perempuan, adik beradik takde hak pun. 


Hak faraid ni hanya datang setelah kematian berlaku yang mana, kalau sebelum mati, kita ada rights untuk nak rancang siap-sisp jika nak bagi more than 1/8 kepada isteri.


Tetapi disebabkan arwah husband tak buat apa-apa perancangan awal sebelum meninggal, so, lepas mati, hukum faraid take place.


Walaupun ada hukum faraid, waris-waris masih boleh berbincang sesama mereka untuk nak tentukan bahagian.


Contohnya, isteri boleh mintak hak yang lebih daripada waris-waris lain secara mintak mereka melepaskan hak.


Tapi kalau agak-agak waris taknak melepaskan hak masing-masing, isteri boleh guna jalan lain iaitu buat tuntutan harta sepencarian di mahkamah syariah. 


Hakim akan tentukan berapa bahagian yang isteri layak ke atas harta yang arwah suami tinggalkan.


Disebabkan suami isteri banyak bekorban dalam rumahtangga lah maka isteri boleh buat tuntutan harta sepencarian.


Kalau ikutkan yang sebaiknya adalah buat perancangan tu awal-awal.


Tp apakan daya, suami dah meninggal tanpa perancangan dan meninggalkan isteri dengan hak 1/8 tu sahaja. 


Jadi hak harta pusaka ni kita sebagai hamba Allah tak boleh salahkan hukum yang Allah dah tetapkan sebab masa hidup Allah dah bagi peluang kita rancang, tapi kita yang abaikan. Itulah yang banyak berlaku. 


Harta yang suami ada ni pun hanyalah sebagai satu pinjaman kepada dia masa dia hidup. 


Lepas dia mati, semua harta tu dah jadi milik Allah, dan Allah lah yang tentukan kepada siapa dia nak bagi mengikut waris faraid yang telah ditetapkan.



Jadi, pilihan yang ada sekarang, berbincang elok2 dengan siblings andai mereka adalah waris faraid.


Kalau tak berjaya bincang, buat permohonan tuntutan harta sepencarian.


SALMIWATI

as-salihin Islamic Estate Planner

0122417935

0 comments:

Post a Comment