Monday, January 12, 2026

Published January 12, 2026 by SJ with 0 comment

Tujuh Manfaat Yang Perlu Ada Dalam Polisi Takaful Anda


Ya ada tujuh! (Ada banyak lagi sebenarnya).

Mencari polisi (sijil takaful) yang terbaik mungkin bukan perkara yang sukar. Dua faktor utama perlu ambil kira sebelum mendengar penerangan satu pelan;

Disebabkan BAJET atau disebabkan KEPERLUAN.

Rata-rata yang mahu ambil mempunyai bajet tertentu, dan berdiskusilah dengan ejen-ejen atau wakil yang bertauliah supaya memberi yang KEPERLUAN yang perlu ada dalam polisi mereka (disesuaikan dengan bajet).

Berikut adalah TUJUH perkara utama yang perlu ada dalam polisi anda:

1. Kematian Secara Semulajadi

Insurans/Takaful untuk kehilangan nyawa, secara natural seperti sakit tua atau disebabkan penyakit bermaksud melindungi siapa yang bergantung pada si mati.

Kita sepatutnya perlu mempunyai nilai yang cukup untuk memberi sumber kewangan kepada anak kecil kita (kalau pergi ketika anak masih kecil) sehingga besar. Ataupun memberi sumber kewangan hanya cukup kadar – janji ada kepada keluarga yang ditinggalkan?

Persolan besar di sini – berapa yang kita hendak tinggalkan bila kita sudah pergi nanti. Secara jujurnya, pengalaman berhadapan kebanyakan masyarakat Melayu hanya sebut ‘janji ada’. Mereka mengutamakan manfaat Insurans/Takaful yang hanya boleh dipakai ketika hidup sahaja – seperti medikal.

Rule of thumb – nilai terbaik adalah 10 kali ganda dari pendapatan kasar setahun (tidak wajib untuk diikuti). Misalannya, kalau setahun kita berpendapatan sebanyak RM100,000 sepatutnya kita perlu mempunyai polisi RM1,000,000 (sejuta).

Kalau tidak mampu pada permulaan, sebaiknya adalah nilai yang saya setahun dengan pendapatan kasar setahun.



2. Manfaat Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh (Total Permanent Disability: TPD)

Insan yang TPD tidak mampu pergi dan pulang ke kerja, dan paling besar; tidak mampu untuk menjana sumber pendapatan. Kebiasaannya, manfaat ini disertakan dalam 36 penyakit kritikal dan bayaran manfaat ini diberi secara ‘lump-sum’.

Seperti manfaat kematian secara natural, lebih baik meletakkan nilai 10 tahun dari pendapatan setahun.



3. Perlindungan 36 Penyakit Kritikal

Manfaat perlindungan seperti sakit jantung, kanser, stroke, tumor dan koma. Siapa yang mempunyai manfaat ini, akan mendapat manfaat secara ‘lump-sum’ sebagai sumber kewangan untuk menampung perubatan dalam tempoh pemulihan penyakit kritikal.

Nilai manfaat ini sebaiknya ikut 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. Kalau tidak mampu, sekurang-kurangnya tiga tahun dari pendapatan setahun.

Hari ini, ada ‘trend’ pekerja yang mempunyai penyakit kritikal ini diberi pampasan kerja. Lebih sadis lagi, kalau dibuang kerja.

Siapa yang hendak simpan pekerja yang selalu MC, produktiviti kurang dan menyebabkan kerja tertangguh tapi masih dibayar gaji lagi? Nilai dari manfaat ini sekurangnya dapat meringankan beban dalam tempoh tidak bekerja.



4. Perlindungan Kemalangan

Manfaat ini memberi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal disebabkan kemalangan. Nilai yang disarankan sama; 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. 

Pada awal saya pembabitan, saya bertanya kepada rakan-rakan ‘Ada insurans tak?’ Rata-rata mereka menyebut ‘Ada.’ Cuba diselidik, mereka ambil dari panggilan telefon – yang kebanyakannya menawarkan perlindungan kemalangan sahaja.

Memang murah; hanya RM50, RM70 atau RM100 sahaja sebulan dan boleh beri sampai berjuta-juta perlindungan. Tapi ini hanya untuk kemalangan sahaja! (Kemalangan tidak semestinya melibatkan kereta; boleh jadi kemalangan di dapur, ketika kemas rumah, berkebun dan sebagainya)



5. Manfaat Hospital dan Pembedahan

Ini sangat-sangat berkaitan dengan kad medikal. Manfaat ini digunapakai ketika kita dimasukkan ke wad, segala bil akan dibayar oleh kompeni Insurans/Takaful. Paling penting, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika berbincang mengenai kad medikal;

a) Had limit untuk bilik. 150 semalam atau 200 semalam?

b) Had limit tahunan dan had limit seumur hidup. 50,000 setahun atau 100,000 setahun?

c) ‘Waiting Period’ – berapa tempoh menunggu sebelum boleh pakai kad medikal?

d) Senarai panel hospital

e) Definisi, Tafsiran dan Pengecualian.

Kita perlu menitikberat bahagian ini, sebab ia adalah bab yang panjang dalam buku polisi.

 


6. Manfaat ‘Waiver’ dan Contribution/Payor

Manfaat ini adalah manfaat dimana si klien/pemegang polisi tidak perlu meneruskan caruman tapi dapat menikmati segala manfaat di atas di atas syarat-syarat tertentu; misalnya dapat penyakit kritikal.

Manfaat ini ada ejen-ejen wajibkan pada setiap pemegang polisi, kerana berpendapat jikalau pemegang polisi mempunyai penyakit kritikal; kemungkinan diberhentikan kerja, tiada pendapatan dan tidak meneruskan caruman – menyebabkan polisi itu terbatal dan tiada langsung perlindungan. Bahaya, bukan?



7. Pelaburan

Ini bukan manfaat. Ini lebih kepada pelaburan yang disertakan dengan perlindungan. Tak perlu ulas lebih lanjut bahagian ini. Kalau ada sudah terbaik. Ingat, takaful adalah produk perlindungan bukan produk tulen pelaburan.

Nak melabur, cari produk pelaburan yang betul.


Manfaat-Manfaat Lain

Banyak lagi manfaat lain boleh dinikmati atau mahu. Contoh;

1. Manfaat Penyakit Wanita.

2. Manfaat Perubatan di Luar Negara.

3. Manfaat Elaun Hospital dan Surgeri.

4. Manfaat Perlindungan Umrah dan Haji.

5. Dan lain-lain…

Silalah lihat apa yang terkandung dalam polisi masing-masing. Kalau tidak jelas, sila rujuk kepada ejen anda masing-masing. Mereka lebih arif tentang perkara ini. 

Jika tiada lagi polisi perlindungan, jadikan perkara di atas sebagai ‘guidelines’ dalam merangka pelan perlindungan kewangan anda. Boleh hubungi saya di 012-2417935 juga untuk bantuan.


Read More

Monday, December 15, 2025

Published December 15, 2025 by SJ with 0 comment

TAKAFUL PROASPIRE- SIMPANAN DENGAN PERLINDUNGAN BERBALOI


🌟 Apa Yang BEST Tentang Takaful ProAspire?
💰 1. Pulangan Tunai Berterusan
✔️ Dapat pulangan tunai setiap tahun atau setiap 3 tahun
✔️ Boleh pilih untuk masuk ke akaun:
  • 💼 Bank sendiri
  • 🕋 Tabung Haji
  • 🎓 SSPN (untuk pendidikan anak)
🎁 2. Ganjaran Kesetiaan✔️ Bila sijil matang, anda dapat hingga 100% daripada jumlah perlindungan✔️ PLUS nilai pelaburan yang terkumpul (APP & Akaun Simpanan)🛡️ 3. Perlindungan Tambahan Hebat✔️ +100% pampasan jika meninggal akibat kemalangan✔️ +200% pampasan jika kemalangan semasa Haji/Umrah✔️ Perlindungan HUKK hingga umur 75 tahun✔️ Perlindungan khas warga emas (HUWE)🔄 4. Pelan Sangat Fleksibel✔️ Pilih tempoh perlindungan: 15, 21 atau 30 tahun✔️ Pilih cara caruman: 5 tahun sahaja atau penuh✔️ Boleh tambah rider (contoh: pengecualian caruman jika sakit kritikal)📈 5. Potensi Simpanan & Pulangan Tinggi✔️ Duit anda bukan “hangus” – ada simpanan kekal✔️ Boleh tambah nilai bila-bila masa✔️ Tiada caj ke atas Akaun Simpanan🧾 6. Pelepasan Cukai✔️ Layak untuk pelepasan cukai pendapatan✔️ Kalau pulangan tunai masuk SSPN – dapat pelepasan tambahan🧠 Kesimpulan:Takaful ProAspire = Simpanan konsisten + Perlindungan nyawa + Pulangan tunai + Ganjaran Kesetiaan dalam satu pelan.Kalau anda ada bajet & nak plan jangka panjang (Haji, pendidikan anak, persaraan), ini pelan yang sangat sesuai.Nak saya bantu kira proposal ikut bajet anda? 😊🤙 Daftar sekarang di 012-2417935 ye
Read More

Sunday, December 14, 2025

Published December 14, 2025 by SJ with 0 comment

INCOME REPLACEMENT-SIAPA YANG TERKESAN??

Poster klasik untuk menerangkan kesan kewangan apabila yang menyara keluarga meninggal dunia atau jatuh sakit.

Sebenarnya tak semestinya suami. Kalau isteri yang banyak contribute dalam kewangan keluarga pun, kesannya tetap sama. Sebab tu diciptakan konsep Pelan Pengganti Gaji.

Begitu juga dengan company.Jika seseorang yang sumbangan atau tugasnya sangat mempengaruhi keuntungan atau hala tuju sesuatu syarikat, kesannya apabila beliau meninggal atau jatuh sakit  sangatlah ketara kepada aliran kewangan syarikat tersebut.Sebab itu wujud pula Pelan yang dipanggil Keyman Policy.
 
 

💔 Bila yang menanggung pergi, yang tinggal menanggung segalanya...

Hari ini semua beban ditanggung bersama — hutang rumah, kereta, dapur, sekolah anak, bahkan sara ibu bapa pun dibahagi dua.

Tapi jika suami jatuh sakit atau meninggal dunia, siapa yang akan teruskan semua tanggungan itu?

❌ Pendapatan hilang.
✅ Tanggungjawab tetap ada.

Jangan tunggu sampai berlaku sesuatu baru nak fikir soal perlindungan.

📌 Takaful bukan tentang kematian. Tapi tentang kesinambungan hidup yang ditinggalkan.

Klik 👇untuk saya bantu anda sediakan Pelan Income Replacement :

www.wassap.my/60122417935/incomereplacement
Read More

Saturday, October 4, 2025

Published October 04, 2025 by SJ with 0 comment

PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA SELAMA SETAHUN

 Rugi tak isi..

✅ Perlindungan Takaful Kemalangan Kelompok selama setahun
✅ Pendaftaran *PERCUMA* saja
✅ Tak perlu isytihar kesihatan
✅ Tak perlu medical check-up
✅ Gerenti lulus
✅ Umur kemasukan 16 - 69
*Cara Pendaftaran*
1) Klik link Zurich Takaful ini untuk DAFTAR PERCUMA
2) Masukkan butiran diri dengan betul (pastikan ejaan nama seperti dalam IC)
3) Masukkan Rujukan Kod Ejen - T68145K
4) Masukkan No HP Rujukan Ejen -012-2417935
Perlindungan Takaful Kemalangan akan bermula 1hb bulan berikutnya.
Sijil akan dihantar melalui email sebelum bulan berikutnya berakhir.



Read More

Saturday, May 31, 2025

Published May 31, 2025 by SJ with 0 comment

HIBAH TAKAFUL BOLEH DICABAR??


Ada beberapa klien yang wasap bertanya tentang isu yang viral iaitu hibah takaful yang boleh dicabar.

Saya faham kerisauan itu. Tapi kita sebagai pemilik sijil janganlah terlalu risau. Dari pembacaan saya kes masih sedang berjalan. Dan biarlah mereka yang dalam bidangnya mengulas tentang perkara ini.

Penyediaan sijil takaful dengan meletakkan penamaan hibah itu sendiri adalah sah di sisi undang-undang dan ianya dilindungi oleh IFSA2013. 

Tetapi jika ada pihak yang ingin mencabar, maka hendaklah melalui undang-undang juga dan sudah tentu ianya bukan perkara yang mudah.

Daripada anda berfikir-fikir nak tamatkan sijil takaful sebab 1 kes yang viral sahaja silalah lihat angka tuntutan claim kematian yang diluluskan oleh Zurich Takaful sepanjang Jan-Mac 2025 ini sahaja iaitu sebanyak RM 8 juta dan tahun 2024 sahaja sebanyak RM37 Juta.
Ini baru satu pengendali takaful sahaja.Di Malaysia ada 11 pengendali takaful.

Jadi kaedah menghadiahi orang tersayang sejumlah wang tunai melalui kaedah hibah takaful selepas kematian kita adalah sangat relevan di Malaysia dan tak perlulah kita ragukan.

Semoga kita tidak menjadi orang yang ketinggalan sedangkan bangsa lain dah lama jadikan amalan membina legasi mereka melalui wang pampasan.

Apa-apa silalah contact saya 012-2417935. Sedia membantu apa-apa persoalan anda.

https://wa.link/sa2r13

Salmiwati Jamili 
Zurich Takaful


Read More

Tuesday, February 18, 2025

Published February 18, 2025 by SJ with 0 comment

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐒𝐔𝐑𝐄 𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟏𝟓𝟎 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐒𝐔𝐑𝐄 𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟏𝟓𝟎 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍

Pelan Takaful Sure Cover (TSC) antara yang terawal dalam market Takaful- menawarkan Pelan Hibah yang boleh dimohon oleh semua orang berumur 35 tahun ke atas termasuk mereka yang dah ada sakit, obesiti, OKU, pemohon dengan sakit kritikal atau genetik dan lain-lain lagi.

Antara faktor menarik Pelan Takaful Sure Cover : 

1. Tiada semakan kesihatan dan risiko pekerjaan. Permohonan sangat mudah lulus walau pun dah ada penyakit.

2. Pampasan meninggal dunia berganda sehingga 5X ganda jika meninggal dunia disebabkan kemalangan.

3. Ada Cash Value. Kalau stop atau tamat tempoh perlindungan, ada nilai tunai yang boleh diambil oleh peserta.

4.Nilai caruman tetap.Tiada kenaikan dari mula hingga akhir tempoh perlindungan.

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐒𝐔𝐑𝐄 𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟏𝟓𝟎 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 !!!

Perlindungan Takaful Sure Cover dikira mengikut unit.

1 unit caruman RM75 sebulan. Nilai pampasan meninggal dunia juga berdasarkan 1 unit mengikut jadual di dalam komen. Namun begitu, minimum unit yang dibenarkan adalah 2 iaitu RM150 sebulan.

Hanya sehingga 28 Februari ini sahaja, minimum unit yang dibenarkan untuk permohonan baru adalah 2 unit. Selepas itu, minimum 4 unit.

Contoh macam ni..untuk lelaki berumur 35 tahun, jika memohon SEKARANG (sebelum 28 FEB 2025) butiran TSC minimum yang boleh diambil adalah seperti di bawah :

𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝟐𝟖 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐌𝐈𝐍𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍)
Lelaki 35 Tahun
Caruman bulanan minimum 2 unit = RM75 X 2 = RM150
*Pampasan Meninggal Dunia = RM33,086 X 2 =RM66,172

𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝟐𝟖 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐌𝐈𝐍𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍)
Lelaki 35 Tahun
Caruman bulanan minimum 4 unit = RM75 X 4 = RM 300
*Pampasan Meninggal Dunia = RM33,086 X 4 =RM132,344

* Jika meninggal dunia dalam tempoh 2 tahun pertama selepas perlindungan bermula, wang caruman akan diserahkan kepada penerima hibah/ waris.
.
.
.

Jadi, kalau anda memerlukan Takaful Mudah Lulus Pelan Sure Cover dengan caruman serendah RM150 sebulan sahaja, sila hubungi saya secepat mungkin kerana peluang untuk anda hanya di bulan ini.

Klik untuk maklumat lanjut dan free consultation :

https://wa.link/9rxqj0
https://wa.link/9rxqj0
https://wa.link/9rxqj0

Nilai caruman dan perlindungan untuk 1 unit. Darabkan 2 untuk tahu nilai pampasan minimum mengikut umur dan jantina anda.
Nilai caruman minimum adalah RM75 × 2 = RM150 sebulan.
Read More