Tuesday, August 25, 2026

Published August 25, 2026 by SJ with 0 comment

Gaji RM5,000 Tapi Sebenarnya Berapa Yang Keluarga Perlukan Kalau Kita Hilang?

 Gaji RM5,000 Tapi Sebenarnya Berapa Yang Keluarga Perlukan Kalau Kita Hilang?



Ramai orang bila ditanya:

“Kalau jadi apa-apa pada awak, keluarga perlukan berapa?”

Jawapan yang selalu saya dengar:

“Entahlah… yang penting ada pampasan.”

Tapi sebenarnya, bukan soal ada atau tak ada pampasan.

Soalannya ialah:

“Cukup tak duit itu untuk keluarga teruskan hidup?”

Contohnya, gaji kita RM5,000 sebulan.

Nampak macam banyak.

Tapi cuba kira semula…

🏠 Rumah: RM1,200

🚗 Kereta: RM700

🍚 Barang dapur: RM800

💡 Bil & utiliti: RM300

🎓 Anak-anak: RM500

⛽ Minyak & pengangkutan: RM400

📱 Komitmen lain: RM400


Dah hampir RM4,300 sebulan.


Belum masuk perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita bayar.

Kalau pencari nafkah tiba-tiba tiada…

RM5,000 sebulan itu pun hilang.

Dan keluarga bukan kehilangan RM5,000 untuk sebulan sahaja.

Kalau anak masih kecil dan perlukan 10–15 tahun untuk membesar, jumlah keperluannya boleh jadi sangat besar.

Contoh mudah:

RM5,000 × 12 bulan × 10 tahun

= RM600,000

Sebab itu bila kita bercakap tentang hibah atau perlindungan takaful, saya tak suka bermula dengan soalan:

“Nak coverage RM100k atau RM500k?”

Saya lebih suka mula dengan:

“Kalau awak tak ada esok, berapa lama keluarga awak perlukan duit untuk terus hidup tanpa mengubah kehidupan mereka secara drastik?”

Barulah kita boleh fikir jumlah perlindungan yang lebih munasabah.


Dan satu lagi…

Hibah bukan bermaksud kita merancang untuk mati.

Kita sebenarnya sedang merancang supaya orang yang kita sayang tidak terlalu terbeban apabila kita sudah tiada.

Sebab kita tak tahu bila kita akan pergi.


Tapi kita masih boleh buat persediaan sebelum hari itu tiba.

Kalau gaji anda RM5,000, cuba tanya diri sendiri malam ini:

“Kalau pendapatan saya berhenti esok, keluarga saya boleh bertahan berapa lama?”

Jawapan kepada soalan itu mungkin akan buat kita mula melihat takaful dari sudut yang berbeza.


—

Takaful bukan tentang berapa banyak kita bayar.

Tapi berapa banyak yang keluarga kita perlukan apabila kita sudah tidak mampu memberikannya.


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh contact saya 0122417935 untuk saya bantu sediakan perancangan yang sesuai.

Read More

Sunday, February 1, 2026

Published February 01, 2026 by SJ with 0 comment

“Kalau aku tak ada esok… apa jadi pada keluarga aku?”

 “Kalau aku tak ada esok… apa jadi pada keluarga aku?”


Malam tu aku duduk termenung dalam kereta.
Enjin dah mati… tapi kepala still jalan.
Aku teringat satu kes —
Seorang ayah meninggal tiba-tiba.
Rumah ada.
Kereta ada.
Duit simpanan pun ada.
Tapi…
Semua beku.
Tak boleh sentuh.
Anak bini nak guna pun tak boleh.
Nak tunggu faraid?
Ambil masa.
Nak urus pusaka?
Kos lagi.
Sementara tu…
Bil tetap jalan.
Anak tetap kena makan.
Sekolah tetap kena bayar.
Aku terus terfikir…
Kalau jadi dekat aku?
Keluarga aku macam mana?
Sebab tu aku buat keputusan —
Aku ambil hibah.
Bila aku tak ada nanti,
duit tu terus sampai pada orang yang aku sayang.
Tak perlu tunggu.
Tak perlu berebut.
Tak perlu pening.
Kadang kita ingat,
“Ahh nanti dululah…”
Tapi hakikatnya,
malang tak pernah tunggu kita ready.
Kalau kau sayang keluarga kau,
jangan tinggalkan mereka dengan masalah.
Tinggalkan mereka dengan solusi.
Nak tahu macam mana hibah boleh protect keluarga kau?

boleh hubungi saya 0122417935, saya terangkan dengan lebih lanjut.

Read More

Monday, January 12, 2026

Published January 12, 2026 by SJ with 0 comment

Tujuh Manfaat Yang Perlu Ada Dalam Polisi Takaful Anda


Ya ada tujuh! (Ada banyak lagi sebenarnya).

Mencari polisi (sijil takaful) yang terbaik mungkin bukan perkara yang sukar. Dua faktor utama perlu ambil kira sebelum mendengar penerangan satu pelan;

Disebabkan BAJET atau disebabkan KEPERLUAN.

Rata-rata yang mahu ambil mempunyai bajet tertentu, dan berdiskusilah dengan ejen-ejen atau wakil yang bertauliah supaya memberi yang KEPERLUAN yang perlu ada dalam polisi mereka (disesuaikan dengan bajet).

Berikut adalah TUJUH perkara utama yang perlu ada dalam polisi anda:

1. Kematian Secara Semulajadi

Insurans/Takaful untuk kehilangan nyawa, secara natural seperti sakit tua atau disebabkan penyakit bermaksud melindungi siapa yang bergantung pada si mati.

Kita sepatutnya perlu mempunyai nilai yang cukup untuk memberi sumber kewangan kepada anak kecil kita (kalau pergi ketika anak masih kecil) sehingga besar. Ataupun memberi sumber kewangan hanya cukup kadar – janji ada kepada keluarga yang ditinggalkan?

Persolan besar di sini – berapa yang kita hendak tinggalkan bila kita sudah pergi nanti. Secara jujurnya, pengalaman berhadapan kebanyakan masyarakat Melayu hanya sebut ‘janji ada’. Mereka mengutamakan manfaat Insurans/Takaful yang hanya boleh dipakai ketika hidup sahaja – seperti medikal.

Rule of thumb – nilai terbaik adalah 10 kali ganda dari pendapatan kasar setahun (tidak wajib untuk diikuti). Misalannya, kalau setahun kita berpendapatan sebanyak RM100,000 sepatutnya kita perlu mempunyai polisi RM1,000,000 (sejuta).

Kalau tidak mampu pada permulaan, sebaiknya adalah nilai yang saya setahun dengan pendapatan kasar setahun.



2. Manfaat Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh (Total Permanent Disability: TPD)

Insan yang TPD tidak mampu pergi dan pulang ke kerja, dan paling besar; tidak mampu untuk menjana sumber pendapatan. Kebiasaannya, manfaat ini disertakan dalam 36 penyakit kritikal dan bayaran manfaat ini diberi secara ‘lump-sum’.

Seperti manfaat kematian secara natural, lebih baik meletakkan nilai 10 tahun dari pendapatan setahun.



3. Perlindungan 36 Penyakit Kritikal

Manfaat perlindungan seperti sakit jantung, kanser, stroke, tumor dan koma. Siapa yang mempunyai manfaat ini, akan mendapat manfaat secara ‘lump-sum’ sebagai sumber kewangan untuk menampung perubatan dalam tempoh pemulihan penyakit kritikal.

Nilai manfaat ini sebaiknya ikut 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. Kalau tidak mampu, sekurang-kurangnya tiga tahun dari pendapatan setahun.

Hari ini, ada ‘trend’ pekerja yang mempunyai penyakit kritikal ini diberi pampasan kerja. Lebih sadis lagi, kalau dibuang kerja.

Siapa yang hendak simpan pekerja yang selalu MC, produktiviti kurang dan menyebabkan kerja tertangguh tapi masih dibayar gaji lagi? Nilai dari manfaat ini sekurangnya dapat meringankan beban dalam tempoh tidak bekerja.



4. Perlindungan Kemalangan

Manfaat ini memberi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal disebabkan kemalangan. Nilai yang disarankan sama; 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. 

Pada awal saya pembabitan, saya bertanya kepada rakan-rakan ‘Ada insurans tak?’ Rata-rata mereka menyebut ‘Ada.’ Cuba diselidik, mereka ambil dari panggilan telefon – yang kebanyakannya menawarkan perlindungan kemalangan sahaja.

Memang murah; hanya RM50, RM70 atau RM100 sahaja sebulan dan boleh beri sampai berjuta-juta perlindungan. Tapi ini hanya untuk kemalangan sahaja! (Kemalangan tidak semestinya melibatkan kereta; boleh jadi kemalangan di dapur, ketika kemas rumah, berkebun dan sebagainya)



5. Manfaat Hospital dan Pembedahan

Ini sangat-sangat berkaitan dengan kad medikal. Manfaat ini digunapakai ketika kita dimasukkan ke wad, segala bil akan dibayar oleh kompeni Insurans/Takaful. Paling penting, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika berbincang mengenai kad medikal;

a) Had limit untuk bilik. 150 semalam atau 200 semalam?

b) Had limit tahunan dan had limit seumur hidup. 50,000 setahun atau 100,000 setahun?

c) ‘Waiting Period’ – berapa tempoh menunggu sebelum boleh pakai kad medikal?

d) Senarai panel hospital

e) Definisi, Tafsiran dan Pengecualian.

Kita perlu menitikberat bahagian ini, sebab ia adalah bab yang panjang dalam buku polisi.

 


6. Manfaat ‘Waiver’ dan Contribution/Payor

Manfaat ini adalah manfaat dimana si klien/pemegang polisi tidak perlu meneruskan caruman tapi dapat menikmati segala manfaat di atas di atas syarat-syarat tertentu; misalnya dapat penyakit kritikal.

Manfaat ini ada ejen-ejen wajibkan pada setiap pemegang polisi, kerana berpendapat jikalau pemegang polisi mempunyai penyakit kritikal; kemungkinan diberhentikan kerja, tiada pendapatan dan tidak meneruskan caruman – menyebabkan polisi itu terbatal dan tiada langsung perlindungan. Bahaya, bukan?



7. Pelaburan

Ini bukan manfaat. Ini lebih kepada pelaburan yang disertakan dengan perlindungan. Tak perlu ulas lebih lanjut bahagian ini. Kalau ada sudah terbaik. Ingat, takaful adalah produk perlindungan bukan produk tulen pelaburan.

Nak melabur, cari produk pelaburan yang betul.


Manfaat-Manfaat Lain

Banyak lagi manfaat lain boleh dinikmati atau mahu. Contoh;

1. Manfaat Penyakit Wanita.

2. Manfaat Perubatan di Luar Negara.

3. Manfaat Elaun Hospital dan Surgeri.

4. Manfaat Perlindungan Umrah dan Haji.

5. Dan lain-lain…

Silalah lihat apa yang terkandung dalam polisi masing-masing. Kalau tidak jelas, sila rujuk kepada ejen anda masing-masing. Mereka lebih arif tentang perkara ini. 

Jika tiada lagi polisi perlindungan, jadikan perkara di atas sebagai ‘guidelines’ dalam merangka pelan perlindungan kewangan anda. Boleh hubungi saya di 012-2417935 juga untuk bantuan.


Read More