Sunday, September 5, 2021

Published September 05, 2021 by SJ with 0 comment

7 Tips For Better Monday

Salam Isnin. Moga makin produktif sempena minggu baru.


Just nak share 7 Tips For Better Monday. 



1. Dapatkan tidur yang cukup supaya dapat bangun awal. Bangun awal membantu untuk kita rasa lebih fresh dan bertenaga.

2. Senaraikan kerja-kerja yang tertunggak juga kerja-kerja yang bakal dilakukan minggu ini. Sediakan To Do List. Catat dalam buku nota atau app supaya kita dapat merancang dengan jelas. Buat apa yang kita rancang kita nak buat, pada masa yang kita rancang nak buatkan dan pastikan seboleh mungkin siap pada masa yang kita rancang nak siap.

3. Belanja diri sendiri something special untuk kick-off the week. Maybe sarapan yang best atau jumpa kawan yang selalu memberikan energy positif pada diri. Mungkin terhalang sebab PKP, boleh call atau berhubung melalui pelbagai kaedah lain.

4. Tukar mindsetting "Monday Blues" kepada "Exciting Monday" atau "Awesome Monday". Ingat apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi hari kita.

5.Pastikan penampilan menarik. Pakai baju favorite, pakai aksesori dan perfume kegemaran. Pakai make-up pun tak apa walau sekadar bekerja daripada rumah. When you look good, you feel good.

6.Do random act of kindness. Bersedekah, belanja kawan atau keluarga makan (maybe boleh order online since PKP tak dapat nak jumpa atau tak cukup 2 dos lagi) or maybe simple act seperti taip komen positif  di post FB atau Instagram kawan-kawan atau stranger.

7. Senyum dan beri aura positif pada diri sendiri dan orang sekeliling.

Read More

Saturday, September 4, 2021

Published September 04, 2021 by SJ with 0 comment

Unit Trust untuk Newbie- Apa itu Unit Trust?

 Hai..


Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?


Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. 

Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di sesetengah negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”. Contohnya macam di US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diorang panggil “Managed Fund”.

Dari segi Definisi: Skim unit amanah atau “unit trust scheme - UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.


Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). 

UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. 

UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan.

 Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan para pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FIMM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat-syarikat tersebut “diluluskan”. 

Kalau yang tak lulus tu kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo(80an),swisscash(90an), meccafund dan macam-macam lagi.. ..yang ni jangan cuba-cuba nak masuk le… 


Dalam skim unit trust, para pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara terus dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan para pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). 

Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit. 

Unit Trust Management Company



Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value - NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah pelaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) di mana portfolio tidak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. 


Tak seperti dalam stocks, di mana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urusniaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urusniaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebutharga/disiarkan di media cetak utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urusniaga. 


Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah.. 


Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. 

Bayangkan kalau kita nak labur secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan yang sewaktu dengannya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock. Itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock-stock ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana ianya dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja. 

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit - FD).

Jika berminat nak melabur di Unit Trust, boleh hubungi saya ya di  012-2417935.


Salmi
Kenanga Advisor


Read More

Friday, September 3, 2021

Published September 03, 2021 by SJ with 0 comment

20 MITOS TENTANG TAKAFUL



 Hakikatnya, insuran dan takaful membantu anda menguruskan kewangan dari segi risiko kewangan seperti keadaan tidak disangka-sangka – kemalangan, kematian dan kesihatan.

Mitos #1 : Insuran dan Takaful kerjanya ambil duit orang sahaja.

Hakikatnya, insuran dan takaful membantu anda menguruskan kewangan dari segi risiko kewangan seperti keadaan tidak disangka-sangka – kemalangan, kematian dan kesihatan.

Mitos #2 : Anak yang masih kecil tidak perlukan sebab masih muda, kurang sakit dan lambat lagi nak tua.

Hakikatnya, anak kecil sekarang mudah terdedah dengan penyakit berjangkit yang sukar diubati dan kos rawatannya bukanlah murah.

Mitos #3 : Insuran dan Takaful hanya menikmati manfaat apabila mati sahaja. Buat apa, tinggalkan untuk orang hidup.

Hakikatnya, kewangan peribadi apatah sebagai seorang Muslim pengurusan kewangan bukan terhad hanya bila mati sahaja tapi sehingga sesudah mati. Hutang tetap perlu dilangsaikan.

Mitos #4 : Ambil Insuran dan Takaful hanya mengkayakan ejen sahaja.

Hakikatnya, insuran dan takaful adalah instrumen pengekalan dan perlindungan kewangan bila terjadi sesuatu luar jangkaan. Ia adalah amat penting kepada kita. Isu mengkayakan bukan satu hal besar, sebab caruman diberi kepada pengendali insuran dan takaful, bukan ejen.

Mitos #5 : Dah ambil Insuran dan Takaful, kena buat post-mortem bila mahukan pampasan kematian.

Hakikatnya, senarai checklist pampasan kematian memerlukan sijil atau polisi fizikal itu sendiri, dan dokumen lain seperti permit mengubur dan sijil kematian. Post-mortem dilakukan oleh pihak polis, jika kes itu berkaitan dengan hal polis (jenayah)

Mitos #6 : Bila ada duit lebih, baru boleh buat Insuran dan Takaful.

Hakikatnya, bila anda mendapat gaji sepatutnya menyimpan dahulu. Selebihnya baru dibuat untuk berbelanja. Tabiat ini untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan – insuran dan takaful.

Mitos #7 : Hospital kerajaan ada dan cajnya juga murah. Tidak perlu Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.

Hakikatnya, kebanyakan orang bukan risau sebab kos tetapi sebab ‘kesegeraan’ untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana hospital kerajaan terlalu ramai, bantuan diutamakan kepada yang sangat kronik. Oh ye, ada beberapa ubatan dan rawatan anda perlu bayar apabila berada di hospital kerajaan.

Mitos #8 : Kalau ambil Insuran & Takaful, nanti cepat mengalami eksiden.

Hakikatnya, ini adalah mengarut. Ketentuan Allah kepada manusia bilakah berlaku kematian atau eksiden.

Mitos #9 : Tak nak jumpa orang itu, sebab dia ejen Insuran dan Takaful. Nanti mereka paksa ambil.

Hakikatnya, kalau ada dalam rakan anda atau famili anda seorang ejen insuran dan takaful – sepatutnya anda kena bersyukur. Mereka sebenarnya sudah dilatih untuk menjadi profesional dalam karier mereka. Jadi pengetahuan mereka dalam apa mereka buat seperti urusan tuntutan adalah penting apabila anda memerlukan bantuan. Soal paksa atau tidak, itu lihat kepada cara anda menilai. Mereka memaksa ke arah kebaikan, bukan masuk MLM atau Skim Cepat Kaya.

Mitos #10 : Insuran dan Takaful menipu, susah nak buat tuntutan.

Hakikatnya, insuran dan takaful mengikut klausa, syarat dan keadaan tertentu. Jika tidak tepat berkemungkinan besar tuntutan tidak akan diberi. Kebanyakan kes datang dari pelanggan itu menipu atau menyorok fakta yang memungkin kes tuntutan anda tidak selesai. Jadi pelanggan yang bijak, buat kajian atau bacaan dulu sebelum mempunyai polisi. Lihat sejarah tuntutan mereka dan rekod perkhidmatan mereka.

Mitos #11 : Syarikat anda bekerja menangung segala perbelanjaan perubatan akibat sakit atau kemalangan.

Hakikatnya, syarikat adalah entiti perniagaan yang mahukan keuntungan yang maksima. Jadi perlindungan perubatan untuk pekerja ada batasan tertentu. Jika pekerja itu mengalami sakit kritikal, kemungkinan besar akan dilucutkan dari syarikat kerana syarikat tidak mahu menanggung kerugian.

Mitos #12 : Menyimpan untuk pendidikan melalui insuran dan takaful tidak perlu, kerana ada bantuan kewangan pelajaran seperti PTPTN, biasiswa dan sebagainya.

Hakikatnya, dana pendidikan adalah memberi kelebihan kepada anak atau generasi akan datang. Bila habis belajar, mereka tidak berhutang dan mampu menjana pendapatan kewangan melalui gaji mereka kelak.

Mitos #13 : Kalau sakit nanti, ada keluarga dan saudara mara sanggup membantu dari segi kewangan nanti.

Hakikatnya, bila anda sakit dan sukar dibantu akan ada ramai ahli keluarga dan saudara mara menjauhkan diri. Kalau sanggup bantu pun, RM10 ataupun bacaan Al-Fatihah dan doa-doa kerana mereka juga ada tanggungan yang perlu dibiayai.

Mitos #14 : Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan, sebab mereka pakar. Saya tak perlukan Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.

Hakikatnya, ya betul mereka adalah pakar tetapi anda perlu ingat bahawa senarai yang menunggu ‘waiting list’ adalah terlalu ramai. Temujanji makan berbulan-bulan.

Mitos #15 : Insuran dan Takaful hanya untuk waris sahaja je dapat. Itupun kena tunggu mati.

Hakikatnya, fungsi insuran dan takaful utama adalah berkenaan kematian. Tetapi hari ini, instrumen insuran dan takaful telah berkembang kepada perubatan, kemalangan, sakit kritikal, pendidikan dan persaraan.

Mitos #16 : Simpan di bank lagi bagus, ada dividen. Simpan di Insuran & Takaful nanti duit sikit je.

Hakikatnya, apabila berlaku keupayaan kekal atau sakit – ramai di luar sana mengeluarkan simpanan untuk menanggung segala kos. Kalau anda risaukan tentang ‘kehangusan’ duit, anda boleh memilih insuran dan takaful berkaitan pelaburan.

Mitos #17 : Susah nak berurusan dengan pihak insuran / takaful apabila urusan tuntutan.

Hakikatnya, hari ini bukan seperti dulu. Segalanya dalam talian – internet, telefon dan sebagainya. Hari ini juga, setiap pelanggan diberi kad insuran / takaful (samada perubatan atau tidak) dengan tujuan memudahkan urusan kelak.

Mitos #18 : Insuran dan Takaful kena bayar sampai tua.

Hakikatnya, tidak semua insuran dan takaful bersifat begitu. Anda boleh memilih pelan seperti ‘investment-linked’. Di mana, anda boleh menggunakan simpanan yang datang dari insuran dan takaful itu sendiri membayarkan / mencarumkan untuk anda sehingga umur tua.

Mitos #19 : Semua ejen yang kita jumpa boleh bantu buat tuntutan.

Hakikatnya, hanya ejen yang anda lantik boleh bantu sehingga selesai tuntutan yang mahu dibuat. Ini kerana akses dari segi maklumat polisi dan sijil adalah terhad jika ejen tersebut bukan ejen dilantik. Sebaiknya, carilah ejen yang kompeten dan mudah berurusan.

Mitos #20 : Sekarang sihat, tidak perlukan Insuran dan Takaful.

Hakikatnya, anda kena faham bahawa anda perlu berada dalam keadaan sihat sepenuhnya jika mahu memohon insuran dan takaful. Kalau jika anda memohon selepas keadaan sakit alamatnya agak sukar. Mungkin anda akan di-rejek.

Hakikat paling besar insuran dan takaful membantu anda sebenarnya. Ia merupakan keperluan setiap individu masa kini dimana segala kos telah meningkat.

Jadi tunggu apa lagi? Nak kena senaraikan sampai 40 mitos lagi ke?

Sebarang pertanyaan tentang takaful, boleh hubungi saya di 0122417935.


Salmiwati

Zurich Takaful

Read More