Salam Isnin. Moga makin produktif sempena minggu baru.
Just nak share 7 Tips For Better Monday.
1. Dapatkan tidur yang cukup supaya dapat bangun awal. Bangun awal membantu untuk kita rasa lebih fresh dan bertenaga.
2. Senaraikan kerja-kerja yang tertunggak juga kerja-kerja yang bakal dilakukan minggu ini. Sediakan To Do List. Catat dalam buku nota atau app supaya kita dapat merancang dengan jelas. Buat apa yang kita rancang kita nak buat, pada masa yang kita rancang nak buatkan dan pastikan seboleh mungkin siap pada masa yang kita rancang nak siap.
3. Belanja diri sendiri something special untuk kick-off the week. Maybe sarapan yang best atau jumpa kawan yang selalu memberikan energy positif pada diri. Mungkin terhalang sebab PKP, boleh call atau berhubung melalui pelbagai kaedah lain.
4. Tukar mindsetting "Monday Blues" kepada "Exciting Monday" atau "Awesome Monday". Ingat apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi hari kita.
5.Pastikan penampilan menarik. Pakai baju favorite, pakai aksesori dan perfume kegemaran. Pakai make-up pun tak apa walau sekadar bekerja daripada rumah. When you look good, you feel good.
6.Do random act of kindness. Bersedekah, belanja kawan atau keluarga makan (maybe boleh order online since PKP tak dapat nak jumpa atau tak cukup 2 dos lagi) or maybe simple act seperti taip komen positif di post FB atau Instagram kawan-kawan atau stranger.
7. Senyum dan beri aura positif pada diri sendiri dan orang sekeliling.
0 comments:
Post a Comment