Sunday, July 31, 2022

Published July 31, 2022 by SJ with 0 comment

MLTT untuk Mereka Yang Membeli Rumah dengan Loan Bank .... dan sudah berpenyakit

 Tahukah anda, ramai antara orang yang obesiti & berpenyakit beli rumah tanpa Insurans loan rumah MRTA/MRTT!


Insurans loan rumah MRTA/MRTT reject sebab failed Medical Check-up! Sebab :

😇 OBESITI

😇 ADA KENCING MANIS & DARAH TINGGI

😇 MENGIDAP HIV

😇 DAN LAIN-LAIN LAGI


Kini, bagi anda yang dah berpenyakit & obesiti tu dah boleh dapatkan pelan perlindungan Takaful bagi loan rumah anda.


Petang tadi saya bantu client saya yang mengidap penyakit HIV dapatkan pelan MLTT dari Zurich Takaful. 

Jam 4:31 PM saya submit permohonan & buat bayaran serta aktifkan Auto Debit, dalam jam 9 malam permohonan dah diluluskan. Alhamdulillah.

Syukur dapat bantu client saya ni dapatkan perlindungan untuk loan rumah beliau. Cuba bayangkan sekiranya berlaku kematian & beliau tiada apa-apa perlindungan, waris beliau terpaksa sambung bayar installment dengan bank setiap bulan.


Kalau waris mampu sambung bayar no problem, takut waris tak dapat bayar nanti rumah tu kena lelong dengan bank pula.

Credit kepada Lufthi Suib


Bagi anda yang beli rumah, bank luluskan loan rumah tanpa insurans tu boleh la hubungi saya. Saya boleh bantu anda dapatkan perlindungan walaupun dah berpenyakit. 

www.wassap.my/60122417935/MLTT

Read More

Friday, July 15, 2022

Published July 15, 2022 by SJ with 0 comment

Beli Rumah dan Persediaan Bayar Baki Loan Jika Meninggal Dunia atau Sakit Kritikal

Assalamualaikum


Walaupun ekonomi sekarang tak berapa memberangsangkan tapi permintaan untuk membeli rumah sentiasa ada. Memangla kan, memiliki rumah sendiri adalah idaman kebanyakan orang termasuklah saya sendiri.

Dalam proses nak mendapatkan pinjaman daripada bank, kebiasaannya pembeli perlu mengambil MRTA sebagai jaminan bayaran baki tertunggak kepada bank sekiranya berlaku kematian kepada pembeli dalam tempoh pinjaman.


Ramai yang confuse dengan term MRTA/ MRTT/MLTA dan MLTT kerana semuanya hampir sama dan apakah perbezaan di antara satu dengan lain. Apakah fungsi pula setiap satu?


Sebenarnya fungsi keeempat-empatnya adalah sama. Kesemuanya adalah jenis-jenis perlindungan insurans nyawa yang penting untuk pinjaman perumahan, atau gadai janji anda.


Produk-produk ini direka untuk menampung beban kewangan pinjaman perumahan anda sekiranya berlaku kematian dan/atau hilang upaya kekal.


Ini bermaksud sekiranya sesuatu musibah menimpa anda, keadaan kewangan orang-orang yang disayangi terjamin di saat-saat mereka memerlukannya.


Keempat-empat perlindungan ini adalah seperti jaring keselamatan kewangan untuk pinjaman perumahan anda. MRTA dan MLTA  adalah produk konvensional manakala MLTT dan MRTT adalah produk takaful.


MRTA dan MRTT  adalah sejenis insurans atau takaful untuk pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.


manakala MRTT dan MLTT pula adalah sejenis insurans atau takaful untuk pinjaman perumahan di mana jumlah yang diinsuranskan kekal sepanjang tempoh pelan. Ini bermakna pampasan yang boleh dituntut nilainya adalah sama pada mana-mana tahun jika berlaku kematian sewaktu dalam tempoh pinjaman. 


Bagusnya MLTT ni sekiranya terdapat lebihan pembayaran, ia akan dibayar kepada waris.


MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance (Konvensional)

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful

MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Konvensional)


Jika beragama Islam,tak payah pening kepala,fokuslah kepada produk takaful kerana terlindung daripada riba dan ketidakpastian.


Dari tulisan blog jom takaful online, saya kongsi sedikit info dan Q& A untuk lebih kefahaman buat anda.


Saya kongsikan ringkasan perbezaan MRTT vs MLTT memandangkan saya fokus kepada produk takaful sahaja


1. Tujuan MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT

Tujuan utama adalah untuk protect loan kita. Jika kita mati/lumpuh, loan kita akan dihapuskan / waived. Pinjaman akan dilangsaikan



2. Ada Cash Value / Nilai Tunai?

MRTT : Tiada, caruman akan BURN

MLTT : Ada, akan dapat apabila Sijil Takaful matang atau diberhentikan



3. Bayaran Takaful

MRTT : Sekaligus. Biasanya kos takaful masuk dalam loan. So ada additional interest 

MLTT : Bayaran bulanan ke syarikat Takaful (asing) . Buat suku tahun, setengah tahun, tahunan atau sekaligus pun boleh.



4. Kos bayaran bulanan

MRTT : Murah (sebab bayar sekaligus all in dengan loan)

MLTT : Tinggi (rumah bayar asing, takaful asing)

Note : Ini adalah kekurangan MLTT dan kelebihan MRTT



5. Perlindungan

MRTT : Berdasarkan BAKI HUTANG. Perlindungan akan berkurangan ikut jumlah loan rumah

MLTT : Berdasarkan JUMLAH HUTANG. Perlindungan tetap (akan sama dari mula sehingga matang)


Note : Ini kelebihan MLTT berbanding MRTT .



6. Apa akan jadi jika pembayar terkena sakit kritikal?

MRTT : Masih kena bayar macam biasa sebab tak ada waiver

MLTT : Caruman jadi FREE, dapat duit cash untuk bayar lump sum baki rumah, dan lain-lain lagi. 

Ni kelebihan MLTT 



7. Siapakah akan jadi penama jika meninggal dunia?

MRTT : Bank 

MLTT : Suami/isteri dll sebagai Wasi (pentadbir) atau Hibah (Penerima mutlak 100%). Boleh juga sediakan dokumen Absolute Assignment untuk memastikan pampasan akan diserahkan kepada bank untuk penyelesaikan baki loan rumah, jika ada baki pampasan, baru diserahkan kepada waris.


Nota : Ini kelebihan MLTT. Kita boleh pilih nak buat Wasi atau Hibah. Bergantung kepada kita


8. Apa waris akan dapat sekiranya Meninggal dunia?

MRTT : Rumah sahaja

MLTT : Rumah & Nilai tunai semasa (cash in hand)

Note : Ini kekuatan MLTT. Lebih baik untuk ada rumah & cash. Lebih baik daripada dapat rumah sahaja. 



9. Apa akan jadi apabila rumah dipindah milik?

MRTT : Perlindungan Takaful terbatal

MLTT : Masih berkuatkuasa sebagai pelan Takaful Hayat& boleh guna untuk hartanah lain.



10. Apa akan jadi apabila rumah di-refinance?

MRTT : Perlindungan Takaful akan terbatal 

MLTT : Masih lagi berkuatkuasa sebagai pelan Takaful Hayat.

Note ; Kita boleh kekalkan pelan MLTT ni sebagai additional Coverage untuk Pampasan kematian/kelumpuhan (TPD).


KREDIT : hartabumi

Kesimpulannya, kalau ada bajet ambillah MLTT berbanding dengan MRTT. Kita boleh dapat perlindungan yang lebih baik. .


Kalau murah menjadi priority anda,maka ambillah MRTT/MRTA!


Boleh contact saya untuk info lanjut tentang MLTT ya.


Terima kasih,

Salmi (Zurich Takaful)




Read More

Friday, June 10, 2022

Published June 10, 2022 by SJ with 0 comment

TAKAFUL SEBAGAI ALAT PENGURUSAN RISIKO: KONSEP PEMINDAHAN RISIKO.

 Ramai orang bila ditanya apa yang mereka faham tentang takaful, mereka gagal menggambarkan dengan tepat. 

Ini adalah jawapan sesetengah orang bila ditanya apakah itu takaful?


  • Medical card
  • Kemalangan
  • Hospital
  • Sakit 
  • Kematian
Semua itu ada kena mengena tetapi tidak tepat. Takaful atau insurans itu bahasa mudahnya adalah PEMINDAHAN RISIKO. Bagaimana dengan mengambil takaful sebagai persediaan kewangan, beban ekonomi sesuatu keluarga akan dikurangkan apabila berlaku kematian atau lumpuh kekal pada pencari nafkah di dalam keluarga.

Rujuk gambar di bawah. Semoga anda lebih faham tentang takaful.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sini ya. 

Read More

Friday, April 22, 2022

Published April 22, 2022 by SJ with 0 comment

Takaful Al-Shams-Peluang Kedua Untuk Bertakaful

Assalamualaikum.


Syarat biasa untuk ambil takaful seperti yang kita sedia maklum ialah semestinya kena sihat dan masih belum dijangkiti sebarang penyakit.

Walau bagaimanapun semenjak kebelakangan ini syarikat-syarikat takaful di Malaysia mula menawarkan Pelan Hibah Takaful untuk disertai oleh pemohon yang sudah tidak menepati syarat untuk pelan takaful biasa contohnya untuk kes sudah mempunyai penyakit sedia ada, berat badan yang tidak menepati BMI yang normal, masalah kecacatan dan juga risiko pekerjaan yang tinggi.

Di Zurich Takaful ada tiga pelan yang boleh disertai oleh pemohon sepeti kategori di atas iaitu :


1. Takaful Sure Cover


2. Takaful Mumtaz


3. dan yang terbaru ialah Takaful Al Shams.


Dalam entri kali ini saya nak share tentang Takaful Al Shams


Manfaat Al-Shams


Berikut adalah manfaat dan kelebihan yang ditawarkan oleh Takaful Al-Shams.


1.Dijamin lulus dan tidak perlu medical checkup


2) Perlindungan pampasan kematian dan TPD/lumpuh/hilang upaya keseluruhan kekal (HUKK).


3) Caruman lebih rendah dan mampu milik, beserta pampasan yang lebih tinggi.


4) Gandaan pampasan untuk kematian disebabkan kemalangan. 





5) Tambahan pampasan 5% daripada pampasan selama 5 tahun, untuk kes TPD/HUKK


6) Pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak RM10,00 untuk maksimum 4 ahli keluarga (pasangan & anak-anak)


7) Tambahan pampasan RM2,000 untuk khairat kematian


8) Manfaat permohonan Takaful untuk 4 ahli keluarga sehingga 25% jumlah perlindungan, dengan jaminan pasti lulus, selepas anda meninggal dunia.


Umur permohonan bermula umur 14 hari sehingga 60 tahun.


Tempoh perlindungan sehingga 80 tahun.


Perkara Penting yangAnda Perlu Tahu Tentang Takaful Al-Shams


1. Sama seperti Mumtaz dan Surecover, Al-Shams mempunyai tempoh menunggu selama 2 tahun.


Andai berlaku kematian atau lumpuh (selain kes kemalangan) dalam tempoh 2 tahun (24 bulan), semua CARUMAN AKAN DIKEMBALIKAN.


Semua manfaat berkuatkuasa pada tahun ketiga (bulan ke-25).


2) Caruman akan meningkat mengikut age band.


Age band bagi produk ini ialah setiap 5 tahun, iaitu umur;

0-15 tahun

16-20 tahun

21-25 tahun

26-30 tahun


seterusnya sehingga umur 80 tahun.


3) Tiada Cash Value.


Bagaimana Al-Shams boleh tinggikan pampasan dan rendahkan caruman, tidak seperti Mumtaz dan Surecover?

Sebab tiada bahagian untuk PIA (Participant Investment Account) untuk Cash Value.

Caruman/contribution terus masuk Tabung Tabarru’, menyebabkan caruman menjadi lebih rendah berbanding Surecover dan Mumtaz.

Caruman juga meningkat mengikut age band + tempoh menunggu 2 tahun, mampu memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peserta Takaful.


Berikut ialah perbezaan antara Mumtaz, Surecover dan Al-Shams.



Diharap lebih jelas tentang Takaful Al Shams dan bagaimana ianya berbeza dengan pelan-pelan yang lain.


Ianya bergantung pada preference client tersendiri.


Ada client yang mengharapkan cash back dan cash value,dan juga tidak kisah nilai caruman yang tinggi,maka saya cadangkan Takaful Al-Mumtaz.


Jika ada yang mahukan caruman sederhana dan juga ada cash value,saya akan cadangkan Takaful Sure Cover.


Jika yang tidak kisah tiada cash value atau cash back tetapi mahukan perlindungan tinggi dan harga yang berpatutan,maka Al-Shams lah jawapannya.


Boleh contact saya di 012-2417935 ye untuk maklumat lanjut atau boleh klik link ini https://wa.link/kst9r4

Sekian dulu

 Salmiwati Jamili

Zurich Takaful (T68145K)

Read More

Friday, April 1, 2022

Published April 01, 2022 by SJ with 0 comment

PENGURUSAN CUKAI UNTUK KEYMAN INSURAN

 PENGURUSAN CUKAI UNTUK KEYMAN INSURAN – FIRDAUS ROSLAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tulisan di bawah ini adalah hakmilik Firdaus Roslan, boleh dibaca melalui laman Facebook beliau, Firdaus Roslan Advisory. (Ada buat pengubahsuaian dari segi ejaan semata-mata, alih bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan tidak mengganggu konten keseluruhannya)


Key Man Insurance/ Takaful


Key-Man Insurance adalah insurance yang akan memberi pampasan kepada sesuatu perniagaan jika orang penting (key-person) dalam bisnes tersebut meninggal dunia atau tidak boleh bekerja (contohnya; cacat kekal).


Presentation disampaikan dalam bentuk soal jawab (Q&A) untuk senang faham.


Q: Bila ambil key-man insurance, siapa yang bayar premium insuran dan siapa yang dapat pampasan?


A: Yang bayar premium adalah syarikat Jadi yang dapat pampasan adalah syarikat, bukan anak/isteri key-man tersebut.


Q: Kalau syarikat yang  bayar premium, boleh tak perbelanjaan tu jadi Tax-Deductible Expenses?


A: Ya, boleh. Dengan syarat, insuran tersebut mestilah TIADA elemen pelaburan (investment). Maksudnya, kalau key-man anda sihat walafiat sewaktu polisi insuran tamat tempoh, anda tak akan dapat apa-apa bayaran daripada insuran.

Biasanya polisi ‘whole life’ atau ‘endowment’ yang ada ‘cash value’ (nilai tunai) atau ‘bonus’ TAK LEPAS syarat (requirement) sebagai sesuatu yang Tax Deductible.

Polisi ‘standalone’ seperti ‘term’ atau ‘personal accident’, boleh lepas syarat  (requirement) sebagai Tax Deductible Expenses dengan syarat polisi tidak menawarkan apa-apa bayaran ketika tamat tempoh.


Q: Ok jadi elok ambil standalone la ya, FR? Pembayaran premium boleh kurangkan cukai.


A: Nanti dulu. Kena tahu juga maklumat seterusnya:


Yang TAK LEPAS tadi, pampasan yg diterima (jika key-man anda meninggal/cacat-kekal) dari insuran tidak akan dikenakan cukai.


Yang LEPAS tadi, pampasan yang diterima akan dikenakan cukai. Kiranya pampasan tersebut akan jadi ‘taxable income’.

Jadi bergantung kepada bisnes masing-masing.

Standalone polisi insurance atau tidak untuk key-man, bergantung kepada anda.


Kalau standalone, bayar premium setiap tahun boleh kurangkan tax. Tapi kalau dapat pampasan nanti, kena tax juga.

Kalau bukan standalone, bayar premium setiap tahun tak boleh kurangkan tax. Tapi bila dapat pampasan nanti, tidak perlu di tax.


Rujukan:

LHDN, Public Ruling 2/2003. Issue Dt: 30/12/2003

Read More