Assalamualaikum.
Syarat biasa untuk ambil takaful seperti yang kita sedia maklum ialah semestinya kena sihat dan masih belum dijangkiti sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun semenjak kebelakangan ini syarikat-syarikat takaful di Malaysia mula menawarkan Pelan Hibah Takaful untuk disertai oleh pemohon yang sudah tidak menepati syarat untuk pelan takaful biasa contohnya untuk kes sudah mempunyai penyakit sedia ada, berat badan yang tidak menepati BMI yang normal, masalah kecacatan dan juga risiko pekerjaan yang tinggi.
Di Zurich Takaful ada tiga pelan yang boleh disertai oleh pemohon sepeti kategori di atas iaitu :
1. Takaful Sure Cover
2. Takaful Mumtaz
3. dan yang terbaru ialah Takaful Al Shams.
Dalam entri kali ini saya nak share tentang Takaful Al Shams
Manfaat Al-Shams
Berikut adalah manfaat dan kelebihan yang ditawarkan oleh Takaful Al-Shams.
1.Dijamin lulus dan tidak perlu medical checkup
2) Perlindungan pampasan kematian dan TPD/lumpuh/hilang upaya keseluruhan kekal (HUKK).
3) Caruman lebih rendah dan mampu milik, beserta pampasan yang lebih tinggi.
4) Gandaan pampasan untuk kematian disebabkan kemalangan.
5) Tambahan pampasan 5% daripada pampasan selama 5 tahun, untuk kes TPD/HUKK
6) Pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak RM10,00 untuk maksimum 4 ahli keluarga (pasangan & anak-anak)
7) Tambahan pampasan RM2,000 untuk khairat kematian
8) Manfaat permohonan Takaful untuk 4 ahli keluarga sehingga 25% jumlah perlindungan, dengan jaminan pasti lulus, selepas anda meninggal dunia.
Umur permohonan bermula umur 14 hari sehingga 60 tahun.
Tempoh perlindungan sehingga 80 tahun.
Perkara Penting yangAnda Perlu Tahu Tentang Takaful Al-Shams
1. Sama seperti Mumtaz dan Surecover, Al-Shams mempunyai tempoh menunggu selama 2 tahun.
Andai berlaku kematian atau lumpuh (selain kes kemalangan) dalam tempoh 2 tahun (24 bulan), semua CARUMAN AKAN DIKEMBALIKAN.
Semua manfaat berkuatkuasa pada tahun ketiga (bulan ke-25).
2) Caruman akan meningkat mengikut age band.
Age band bagi produk ini ialah setiap 5 tahun, iaitu umur;
0-15 tahun
16-20 tahun
21-25 tahun
26-30 tahun
seterusnya sehingga umur 80 tahun.
3) Tiada Cash Value.
Bagaimana Al-Shams boleh tinggikan pampasan dan rendahkan caruman, tidak seperti Mumtaz dan Surecover?
Sebab tiada bahagian untuk PIA (Participant Investment Account) untuk Cash Value.
Caruman/contribution terus masuk Tabung Tabarru’, menyebabkan caruman menjadi lebih rendah berbanding Surecover dan Mumtaz.
Caruman juga meningkat mengikut age band + tempoh menunggu 2 tahun, mampu memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peserta Takaful.
Berikut ialah perbezaan antara Mumtaz, Surecover dan Al-Shams.
Diharap lebih jelas tentang Takaful Al Shams dan bagaimana ianya berbeza dengan pelan-pelan yang lain.
Ianya bergantung pada preference client tersendiri.
Ada client yang mengharapkan cash back dan cash value,dan juga tidak kisah nilai caruman yang tinggi,maka saya cadangkan Takaful Al-Mumtaz.
Jika ada yang mahukan caruman sederhana dan juga ada cash value,saya akan cadangkan Takaful Sure Cover.
Jika yang tidak kisah tiada cash value atau cash back tetapi mahukan perlindungan tinggi dan harga yang berpatutan,maka Al-Shams lah jawapannya.
Boleh contact saya di 012-2417935 ye untuk maklumat lanjut atau boleh klik link ini https://wa.link/kst9r4
Sekian dulu
Salmiwati Jamili
Zurich Takaful (T68145K)