Thursday, July 18, 2024

Published July 18, 2024 by SJ with 0 comment

TAKAFUL UNTUK SELESAIKAN HUTANG

Jangan salah faham. 

Fungsi Debt Cancellation menggunakan hibah takaful bukanlah maknanya kita boleh dapat wang untuk selesaikan hutang itu terus.

Takaful alik mana sekali pun pampasannya diterima apabila berlaku salah satu daripada bencana di bawah ini (*bergantung manfaat di dalam polisi masing-masing*)

-kematian
-hilang upaya kekal keseluruhan
-sakit kritikal
-dirawat di hospital dalam tempoh lama (elaun hospital)
-elaun cuti mingguan akibat kemalangan

Apabila yang meninggal dunia ada meninggalkan hutang, legalah warisnya jika ada pampasan meninggal dunia ditinggalkan. Ada sumber untuk digunakan bagi melangsaikan hutang tersebut.

Sebab meninggal dunia itu adalah perkara yang di luar pengetahuan kita, jadi lebih baiklah orang yang berhutang ni On Standby mode dengan ambil takaful dan sediakan pesanan pada waris untuk selesaikan hutang itu guna duit pampasan jika beliau meninggal dunia.

Masa yang sama kenalah ada usaha juga untuk selesaikan jugak sedaya upaya selama mana nyawa dikandung badan. Melewat-lewatkan membayar hutang adalah zalim kepada pemiutang dan mereka yang berhak.

“Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya”.

(Riwayat al-Bukhari)

Nak jadikan takaful sebagai Standby Mode Debt Cancellation..boleh wasap sis ok.

www.wassap.my/60122417935/takafulasdebtcancellation
Read More

Thursday, July 4, 2024

Published July 04, 2024 by SJ with 0 comment

Takaful Bukan Simpanan

🤴 Maksudnya kalau dah matang banyak ni je saya dapat? Tak dapatla RM200,000 tu ye.

🧕 RM200,000 tu pampasan kalau meninggal dunia, lumpuh kekal atau sakit kritikal Tuan.

🤴 Rugila Puan Salmi. Saya ingatkan dapat RM200,000 kalau dah tamat.

🧕 Berapa bulan Tuan perlukan untuk simpan Rm100 sebulan untuk dapat RM200,000?

🤴Err..

🧕 2000 bulan atau bersamaan 166 tahun. Maksudnya Tuan kena hidup lagi 131 tahun untuk dapat 200,000 kalau menyimpan.

🧕 Ini takaful.Bukan pelaburan.Bukan simpanan.Bukan magic seru ibu duit.
Pelaburan pun belum tentu boleh dapat hasil yang memuaskan hati sebab bergantung keadaan pasaran semasa 

🧕 Ini takaful. Satu inisiatif yang membantu peserta dapat nilai perlindungan beratus kali ganda daripada nilai yang dibayar walaupun baru sebulan mencarum, bantu kelangsungan ekonomi keluarga peserta yang meninggal dunia, lumpuh kekal, bila peserta diuji sakit kritikal.

🧕 Cuba bagitahu saya apa jenis bantuan selain takaful yang boleh bagi RM200,000 pada isteri lagi-lagi yang tak bekerja bila suami dia meninggal kemalangan tiba-tiba?

🤴 Tulah, faham tu. Tapi rugi kan rasanya kalau tak  jadi apa-apa.

🧕 Mungkin jawapan saya ni Tuan rasa cliche dan selalu dengar. Tapi orang yang tak ada dalam keadaan terdesak takkan nampak betapa pentingnya takaful. 

Cuba tanya orang yang diuji strok..tanya keluarga diorang. How desperate they need money? Tanya macam mana tersepitnya diorang masa yang sama nak kena uruskan kehidupan macam biasa..masa yang sama nak berusaha rawat pesakit strok..semua tu perlukan duit. Keperluan kewangan akan meningkat mendadak.

🤴 Tak apa puan. Kita berserah pada takdir.

🧕 Ok Tuan. Saya doa Tuan sihat-sihat selalu dan Allah mudahkan semua urusan Tuan. Kalau nak takaful yang lebih kepada simpanan saya boleh suggest few plan yang kami ada. 

🧕 Tapi sebab Tuan tak ada langsung apa-apa takaful untuk penggantian gaji, dan tuan pun kerja sendiri.. saya harap tuan pertimbangkan dulu pelan yang saya suggest ni.

..Susahnya memahamkan manusia. Tapi itulah kerja kita ye. Fasabrun jamil.

Hari ni mungkin tak nampak.Esok lusa time gosok gigi atau tengah nampak accident dekat jalan, mungkin kesedaran tiba.Jangan lupa contact saya semula deh👇

www.wassap.my/60122417935/takaful
Read More