Monday, January 12, 2026

Published January 12, 2026 by SJ with 0 comment

Tujuh Manfaat Yang Perlu Ada Dalam Polisi Takaful Anda


Ya ada tujuh! (Ada banyak lagi sebenarnya).

Mencari polisi (sijil takaful) yang terbaik mungkin bukan perkara yang sukar. Dua faktor utama perlu ambil kira sebelum mendengar penerangan satu pelan;

Disebabkan BAJET atau disebabkan KEPERLUAN.

Rata-rata yang mahu ambil mempunyai bajet tertentu, dan berdiskusilah dengan ejen-ejen atau wakil yang bertauliah supaya memberi yang KEPERLUAN yang perlu ada dalam polisi mereka (disesuaikan dengan bajet).

Berikut adalah TUJUH perkara utama yang perlu ada dalam polisi anda:

1. Kematian Secara Semulajadi

Insurans/Takaful untuk kehilangan nyawa, secara natural seperti sakit tua atau disebabkan penyakit bermaksud melindungi siapa yang bergantung pada si mati.

Kita sepatutnya perlu mempunyai nilai yang cukup untuk memberi sumber kewangan kepada anak kecil kita (kalau pergi ketika anak masih kecil) sehingga besar. Ataupun memberi sumber kewangan hanya cukup kadar – janji ada kepada keluarga yang ditinggalkan?

Persolan besar di sini – berapa yang kita hendak tinggalkan bila kita sudah pergi nanti. Secara jujurnya, pengalaman berhadapan kebanyakan masyarakat Melayu hanya sebut ‘janji ada’. Mereka mengutamakan manfaat Insurans/Takaful yang hanya boleh dipakai ketika hidup sahaja – seperti medikal.

Rule of thumb – nilai terbaik adalah 10 kali ganda dari pendapatan kasar setahun (tidak wajib untuk diikuti). Misalannya, kalau setahun kita berpendapatan sebanyak RM100,000 sepatutnya kita perlu mempunyai polisi RM1,000,000 (sejuta).

Kalau tidak mampu pada permulaan, sebaiknya adalah nilai yang saya setahun dengan pendapatan kasar setahun.



2. Manfaat Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh (Total Permanent Disability: TPD)

Insan yang TPD tidak mampu pergi dan pulang ke kerja, dan paling besar; tidak mampu untuk menjana sumber pendapatan. Kebiasaannya, manfaat ini disertakan dalam 36 penyakit kritikal dan bayaran manfaat ini diberi secara ‘lump-sum’.

Seperti manfaat kematian secara natural, lebih baik meletakkan nilai 10 tahun dari pendapatan setahun.



3. Perlindungan 36 Penyakit Kritikal

Manfaat perlindungan seperti sakit jantung, kanser, stroke, tumor dan koma. Siapa yang mempunyai manfaat ini, akan mendapat manfaat secara ‘lump-sum’ sebagai sumber kewangan untuk menampung perubatan dalam tempoh pemulihan penyakit kritikal.

Nilai manfaat ini sebaiknya ikut 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. Kalau tidak mampu, sekurang-kurangnya tiga tahun dari pendapatan setahun.

Hari ini, ada ‘trend’ pekerja yang mempunyai penyakit kritikal ini diberi pampasan kerja. Lebih sadis lagi, kalau dibuang kerja.

Siapa yang hendak simpan pekerja yang selalu MC, produktiviti kurang dan menyebabkan kerja tertangguh tapi masih dibayar gaji lagi? Nilai dari manfaat ini sekurangnya dapat meringankan beban dalam tempoh tidak bekerja.



4. Perlindungan Kemalangan

Manfaat ini memberi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal disebabkan kemalangan. Nilai yang disarankan sama; 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. 

Pada awal saya pembabitan, saya bertanya kepada rakan-rakan ‘Ada insurans tak?’ Rata-rata mereka menyebut ‘Ada.’ Cuba diselidik, mereka ambil dari panggilan telefon – yang kebanyakannya menawarkan perlindungan kemalangan sahaja.

Memang murah; hanya RM50, RM70 atau RM100 sahaja sebulan dan boleh beri sampai berjuta-juta perlindungan. Tapi ini hanya untuk kemalangan sahaja! (Kemalangan tidak semestinya melibatkan kereta; boleh jadi kemalangan di dapur, ketika kemas rumah, berkebun dan sebagainya)



5. Manfaat Hospital dan Pembedahan

Ini sangat-sangat berkaitan dengan kad medikal. Manfaat ini digunapakai ketika kita dimasukkan ke wad, segala bil akan dibayar oleh kompeni Insurans/Takaful. Paling penting, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika berbincang mengenai kad medikal;

a) Had limit untuk bilik. 150 semalam atau 200 semalam?

b) Had limit tahunan dan had limit seumur hidup. 50,000 setahun atau 100,000 setahun?

c) ‘Waiting Period’ – berapa tempoh menunggu sebelum boleh pakai kad medikal?

d) Senarai panel hospital

e) Definisi, Tafsiran dan Pengecualian.

Kita perlu menitikberat bahagian ini, sebab ia adalah bab yang panjang dalam buku polisi.

 


6. Manfaat ‘Waiver’ dan Contribution/Payor

Manfaat ini adalah manfaat dimana si klien/pemegang polisi tidak perlu meneruskan caruman tapi dapat menikmati segala manfaat di atas di atas syarat-syarat tertentu; misalnya dapat penyakit kritikal.

Manfaat ini ada ejen-ejen wajibkan pada setiap pemegang polisi, kerana berpendapat jikalau pemegang polisi mempunyai penyakit kritikal; kemungkinan diberhentikan kerja, tiada pendapatan dan tidak meneruskan caruman – menyebabkan polisi itu terbatal dan tiada langsung perlindungan. Bahaya, bukan?



7. Pelaburan

Ini bukan manfaat. Ini lebih kepada pelaburan yang disertakan dengan perlindungan. Tak perlu ulas lebih lanjut bahagian ini. Kalau ada sudah terbaik. Ingat, takaful adalah produk perlindungan bukan produk tulen pelaburan.

Nak melabur, cari produk pelaburan yang betul.


Manfaat-Manfaat Lain

Banyak lagi manfaat lain boleh dinikmati atau mahu. Contoh;

1. Manfaat Penyakit Wanita.

2. Manfaat Perubatan di Luar Negara.

3. Manfaat Elaun Hospital dan Surgeri.

4. Manfaat Perlindungan Umrah dan Haji.

5. Dan lain-lain…

Silalah lihat apa yang terkandung dalam polisi masing-masing. Kalau tidak jelas, sila rujuk kepada ejen anda masing-masing. Mereka lebih arif tentang perkara ini. 

Jika tiada lagi polisi perlindungan, jadikan perkara di atas sebagai ‘guidelines’ dalam merangka pelan perlindungan kewangan anda. Boleh hubungi saya di 012-2417935 juga untuk bantuan.


Read More