Friday, September 27, 2019

Published September 27, 2019 by SJ with 0 comment

Cara Nak Jadi Agen Takaful



Nak jadi agen takaful actually senang aje. Ini antara step wajib :

1. AMBIL EXAM TAKAFUL BUSINESS EXAMINATION (TBE)

Setiap agent  diwajibkan memikili Sijil TBE untuk membolehkan beliau sharing & mengajak orang menyertai sebarang pelan Takaful. Nak register TBE ni senang aje, boleh masuk ke laman web  IBFIM atau klik aje link kat bawah ni :

https://enroll.ibfimonline.com/courses/curriculum/cid/83


TBE ni ada 3 part. Untuk jadi agen yang sharing (bahasa insuransnya ialah menjual) takaful hayat dan medical card, agen kena ada certificate part A & part C.

Part B normally untuk takaful Am. Ada pun ok, tak ada pun ok.

Dah masuk link tu bolehla pilih date apa yang anda pilih nak ambik exam tu dan di mana. Ambillah di lokasi yang berhampiran. Duduk Shah Alam, ambillah di Shah Alam. Duduk Pasir Mas, ambillah di Kota Bahru. Lainla kalau nak melancong sambil jawab exam kan.

Exam tu kena bayar RM80 dekat IBFIM. Ada sesetengah syarikat takaful yang bayarkan RM80 tu jika peserta lulus dan ikat kontrak dengan depa. Contoh Zurich memang bayarkan untuk new agent yang join bulan 9 ni. If ada promotion lagi di masa akan datang tak pastila pulak kan.

Nak gi exam tu bolehla study sikit sebanyak pasal contoh-contoh soalan dan apa topik yang akan keluar dalam exam. Google aja TBE contoh soalan. Berderet link akan keluar. Kalau rasa nak mudah whatsapp ajela aku, aku bagi link untuk kome study.

my whatsapp no : www.wassap.my/60122417935

Lain-lain syarat :

1) Pendidikan minimum kena adalah SPM. Nak ada sijil SPM
2) Nak salinan IC
3) Gambar pasport.



2. PILIH SYARIKAT DAN AGENSI MANA UNTUK BERKHIDMAT

Kat Malaysia ni ada macam-macam syarikat Takaful untuk anda berkhidmat. Ada Zurich, ada Prudential, ada AIA, Takaful Ikhlas dan lain-lain lagi.

Aku boleh katakan setiap satu-satu syarikat ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semuanya di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Syarikat atau agensi tu sendiri memang penting untuk perkembangan seseorang agen. Tapi lagi penting adalah diri agen tu sendiri. Nak ke depan atau tak?

Kalau berminat nak join jadi agen takaful under Zurich Takaful and most important be my partner, bolehlah contact aku bila-bila masa, kita sembang-sembang,0122417935.

Ok bai.





Read More

Wednesday, September 25, 2019

Published September 25, 2019 by SJ with 0 comment

Income Replacement/ Pelan Pengganti Gaji (Kisah Bapa Serah Anak )

Assalamualaikum.

Pagi ni terbaca satu kisah sedih. Seorang lelaki bercerai dengan isterinya, anak-anak semua ditinggalkan dengan dia (si bapa). Ditakdirkan si bapa tadi menghidap penyakit kritikal (pernah koma), dia pun dah tak ada income nak sara anak-anak. Anak-anak pernah kelaparan masa dia ditahan di wad sebab koma. Isteri dia tak tahu di mana, tak ambik port pun pasal anak-anak.

So sekarang demi pembesaran anak-anak, bapa tadi decide nak serahkan anak-anaknya pada rumah kebajikan.

Berita full boleh refer sini.

Aku macam tak terkata okay. Pagi-pagi lepas subuh baca berita gitu. Sambil buatkan roti sandwich untuk Nuha, aku dok terbayang, janganlah Rahim bagi anak-anak aku dekat orang lain kalau aku meninggal dulu. Dahlah diorang ni kuat makan lagi-lagi Yana.

Tapi nak kondemn lebih-lebih pun macam tak patutlah. Kita tak ada kat tempat dia. Apa punca bini nya jadi hati batu langsung tak peduli dekat anak-anak. Ayahnya pun mesti dah tak ada pilihan lain ka n, daripada anak-anak makan minum tak terjaga, dengan dianya nak berulang-alik masuk hospital, baiklah anak-anaknya duduk dekat rumah kebajikan. At least makan minum terjaga walau tak ada  kasih sayang dari bapa kandung.

Benda asas dalam hidup manusia ni tu lah, makan, minum, pakaian, udara. Itu secara fizikalnya. Rohaninya perlukan kasih sayang.

Tak ada kasih sayang, ada makanan, masih boleh hidup tapi mungkin lost sedikit orang tu.
Tak ada makanan, ada kasih sayang, pasti kojol. Sebab makanan  tu nak bagi tenaga untuk hidup. Kasih sayang tak boleh beli roti atau beras nak buat makan.

Ok ke persamaan kuadratik aku tu?

Jadinya untuk memenuhi keperluan fizikal tu (makanan, minuman, pendidikan, udara tak apa percuma Allah bagi, cuma asyik jerebu aja ni semua manusia ngokngek gilakan duit punya kerja),  manusia nak tak nak memang perlukan duit.

Jadi celah mana datang duit tu? Ya, dengan bekerja., Sama ada bekerja sendiri atau bekerja makan gaji.

Kalau dah sakit, of course tak boleh kerja kan? Masa diperuntukkan untuk menjalani rawatan. Ataupun kalau dah kena strok, memang tak dapat nak bekerja macam biasa. Mula-mula cuti sakit dengan gaji, kemudian cuti sakit tanpa gaji, kemudian terpasa diberhentikan kerja sebab dah tak boleh nak perform duty as per employment offered.


Jadi sebab tu, kita disuruh untuk ambil Takaful sebagai pelan pengganti gaji andaikata ditimpa musibah macm ni. Bukan saja-saja nak kayakan syarikat takaful atau apa..tapi untuk penuhi basic needs bila dah tak mampu lagi nak generate income bila sakit. Memanglah Allah punya kuasa for everything, tapi kita as Muslim memang diwajibkan berusaha dan merancang sebaiknya sebelum berserah 100%.

Macam mana Takaful ni berfungsi? Kita ambil polisi takaful masa masih sihat lagi, contoh pelan macam di bawah. Monthly kita sumbangkan dalam dana takaful, syarikat takaful sebagai pengurus dana takaful yang dilantik akan menguruskan duit tu (invest & sebagainya), bila mana ada peserta yang jatuh sakit atau meninggal dunia, duit dari dana takaful tu akan disumbangkan pada peserta yang berkenaan.

Ini contoh pampasan yang boleh dijadikan Pengganti Gaji. Seorang lelaki cuma bayar RM 120 setiap bulan dan dia dah ada peruntukan kewangan yang boleh digunakan jika jatuh sakit.


Faham ke..nak lagi jelas boleh contact me anytime Salmi 0122417935 atau whatsapp www.wassap.my/60122417935.



Read More

Thursday, July 25, 2019

Published July 25, 2019 by SJ with 2 comments

Sejarah Takaful

Assalamualaikum

Aku terbaca satu artikel dari FB Encik Yassin Zurich Takaful tentang sejarah dan perkembangan takaful. So maybe bermanfaat untuk kita tahu jugak :

SEJARAH & PERKEMBANGAN TAKAFUL DAN INSURANS DI DUNIA

1. Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi.

2. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :
a) al-Qasamah (urusan perniagaan) : lebih kurang Takaful AM
b) al-Aqilah (urusan kebajikan) : lebih kurang Takaful Keluarga

3. Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin.

4. Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem Takaful ini mula lenyap.

5. Akhirnya, BARAT memperkenalkan INSURANS pada kurun ke-15 yang berasaskan konsep jual-beli.

6. Setelah itu, INSURANS menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun!

7. Apabila penjajah membawa masuk ke negara kita, diorang bawak masuk sekali sistem Insurans dari Barat ini.

8. Pada tahun 1979, Negara Sudan - sebuah negara Islam yang kecil, melahirkan semula Takaful.

9. Pada tahun yang sama, 1979 - para ulama' seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam termasuk Malaysia. setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang jelas, akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM dan Takaful adalah dibenarkan.

10. Tahun 1984 - Akta Takaful 1984 digubal

11. Tahun 1984 - Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan.

12. Sehingga tahun 2015 ini, sebanyak 11 syarikat Takaful telah pun berdaftar dan patuh syariah. hanya 11 syarikat ini sahaja yang menyediakan Perlindungan ISLAM:

1. MAA Takaful (sekarang Zurich Takaful)
2. HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad
3. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
4. Etiqa Takaful
5. Sunlife Takaful Berhad
6. Prudential BSN Takaful Berhad
7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
8. Takaful Ikhlas Berhad
9. AmMetLife Takaful Berhad
10. AIA Public Takaful Berhad
11. Great Eastern Takaful Berhad

Kesimpulan daripada sejarah ini :

1. Sistem perlindungan berlandaskan syariah telah lama diamalkan sejak zaman Nabi & akhirnya merosot & lenyap seiring kemerosotan Empayar Islam / sistem khalifah.

2. Barat memperkenalkan sistem perlindungan insurans konvensional yg mengandungi unsur2 yg bertentangan dgn syariah & menyebarkannya ke serata dunia termasuk ke Malaysia.

3. Kini sistem perlindungan berlandaskan syariah / takaful kembali wujud & marilah kita sama2 menyokong sistem ini yg menjadi sebahagian kekuatan sistem muamalah Islam.


Read More