Pagi ni terbaca satu kisah sedih. Seorang lelaki bercerai dengan isterinya, anak-anak semua ditinggalkan dengan dia (si bapa). Ditakdirkan si bapa tadi menghidap penyakit kritikal (pernah koma), dia pun dah tak ada income nak sara anak-anak. Anak-anak pernah kelaparan masa dia ditahan di wad sebab koma. Isteri dia tak tahu di mana, tak ambik port pun pasal anak-anak.
So sekarang demi pembesaran anak-anak, bapa tadi decide nak serahkan anak-anaknya pada rumah kebajikan.
Berita full boleh refer sini.
Aku macam tak terkata okay. Pagi-pagi lepas subuh baca berita gitu. Sambil buatkan roti sandwich untuk Nuha, aku dok terbayang, janganlah Rahim bagi anak-anak aku dekat orang lain kalau aku meninggal dulu. Dahlah diorang ni kuat makan lagi-lagi Yana.
Tapi nak kondemn lebih-lebih pun macam tak patutlah. Kita tak ada kat tempat dia. Apa punca bini nya jadi hati batu langsung tak peduli dekat anak-anak. Ayahnya pun mesti dah tak ada pilihan lain ka n, daripada anak-anak makan minum tak terjaga, dengan dianya nak berulang-alik masuk hospital, baiklah anak-anaknya duduk dekat rumah kebajikan. At least makan minum terjaga walau tak ada kasih sayang dari bapa kandung.
Benda asas dalam hidup manusia ni tu lah, makan, minum, pakaian, udara. Itu secara fizikalnya. Rohaninya perlukan kasih sayang.
Tak ada kasih sayang, ada makanan, masih boleh hidup tapi mungkin lost sedikit orang tu.
Tak ada makanan, ada kasih sayang, pasti kojol. Sebab makanan tu nak bagi tenaga untuk hidup. Kasih sayang tak boleh beli roti atau beras nak buat makan.
Ok ke persamaan kuadratik aku tu?
Jadinya untuk memenuhi keperluan fizikal tu (makanan, minuman, pendidikan, udara tak apa percuma Allah bagi, cuma asyik jerebu aja ni semua manusia ngokngek gilakan duit punya kerja), manusia nak tak nak memang perlukan duit.
Jadi celah mana datang duit tu? Ya, dengan bekerja., Sama ada bekerja sendiri atau bekerja makan gaji.
Kalau dah sakit, of course tak boleh kerja kan? Masa diperuntukkan untuk menjalani rawatan. Ataupun kalau dah kena strok, memang tak dapat nak bekerja macam biasa. Mula-mula cuti sakit dengan gaji, kemudian cuti sakit tanpa gaji, kemudian terpasa diberhentikan kerja sebab dah tak boleh nak perform duty as per employment offered.
Jadi sebab tu, kita disuruh untuk ambil Takaful sebagai pelan pengganti gaji andaikata ditimpa musibah macm ni. Bukan saja-saja nak kayakan syarikat takaful atau apa..tapi untuk penuhi basic needs bila dah tak mampu lagi nak generate income bila sakit. Memanglah Allah punya kuasa for everything, tapi kita as Muslim memang diwajibkan berusaha dan merancang sebaiknya sebelum berserah 100%.
Macam mana Takaful ni berfungsi? Kita ambil polisi takaful masa masih sihat lagi, contoh pelan macam di bawah. Monthly kita sumbangkan dalam dana takaful, syarikat takaful sebagai pengurus dana takaful yang dilantik akan menguruskan duit tu (invest & sebagainya), bila mana ada peserta yang jatuh sakit atau meninggal dunia, duit dari dana takaful tu akan disumbangkan pada peserta yang berkenaan.
Ini contoh pampasan yang boleh dijadikan Pengganti Gaji. Seorang lelaki cuma bayar RM 120 setiap bulan dan dia dah ada peruntukan kewangan yang boleh digunakan jika jatuh sakit.
0 comments:
Post a Comment