Thursday, January 9, 2020

Published January 09, 2020 by SJ with 0 comment

Pelan Ganti Gaji/ Income Replacement

Takaful Income Replacement merupakan pelan untuk mengekalkan pendapatan sekiranya anda mengalami 4 perkara di bawah. 

Takaful Income replacement merupakan pelan asas yang sering diabaikan orang Malaysia yang lebih menumpukan takaful perubatan seperti medical card

Pada pendapat saya, Pelan Ganti Gaji adalah keutamaan buat semua orang. Ambil pelan ganti gaji dahulu dan kemudiannya barulah ambil medical card.

Ini disebabkan kewangan anda bakal terhenti sekiranya anda tak mampu untuk bekerja lagi oleh sebab faktor di bawah :

a) Sakit kritikal
b) Hilang upaya kekal
c) Kematian
d) Diwadkan di hospital dalam tempoh yang lama

Dah tanya diri anda? Anda boleh elak 4 perkara diatas ni? Jika tak boleh. Teruskan baca. Saya buka minda anda supaya anda lebih bersedia mengurus kewangan masa hadapan. 

Saya sediakan beberapa contoh untuk anda faham bagaimana pelan ini kekalkan pendapatan bulanan atau tahunan anda. 

Sebelum itu, anda kena faham kenapa anda perlu Takaful Income Replacement ni. 

#1 Anda perlu Takaful Income Replace apabila anda menghidap sakit kritikal dan hilang upaya kekal.

Contoh: Sekiranya anda berada dalam keadaan tidak sihat. Ditakdirkan anda menghidap kanser paru-paru pada bulan lepas. 

Majikan anda adakah masih akan benarkan anda bekerja seperti biasa dalam keadaan anda yang tidak cergas? Majikan kemungkinan besar akan keluarkan surat untuk anda bersedia melepaskan jawatan kerana ramai lagi calon yang masih sihat dan cergas untuk melakukan tugasan anda. 

Ketika ini, adakah anda masih ada pendapatan yang sama seperti masih bekerja? Sempat dan layakkah untuk dapatkan kerja baru dalam keadaan anda yang tidak mengizinkan? 

Masalah yang sama akan anda hadapi apabila hilang upaya kekal seperti stroke, lumpuh kedua belah kaki, atau lumpuh apa-apa pekerjaan. Akaun bank anda masih bersedia untuk ganti pendapatan bulanan anda?

#2 Anda perlu bila berlaku kematian

Kita semua ada komitmen terhadap keluarga seperti anak, isteri, dan ibu bapa. Mereka sangat bergantung kepada pendapatan anda dalam menjalani kehidupan seharian. Katakan pendapatan anda RM3500.00 dan isteri anda RM3500.00 bersamaa RM7,000.00. 

Sekiranya anda meninggal dunia, pendapatan keluarga anda hilang separuh, hanya tinggal RM3,500.00. Sukar untuk mereka teruskan perbelanjaan harian dengan pengurangan pendapatan secara mendadak itu.

#3 Anda perlu apabila terpaksa warded dalam tempoh yang lama

Saya masih ingat ketika saya bekerja di salah satu syarikat yang besar di Perak. Rakan saya hanya dibayar gaji tanpa bekerja selama 4 bulan. Sedangkan dia terlantar di hospital hampir 1 tahun.

Isterinya terpaksa bertungkus lumus bekerja mencari wang dan masa yang sana menjaga beliau dan anak-anak. Percayalah, hidup mereka sangat susah.

Jadi siapa yang perlukan Takaful Income Replacement ni? Mereka yang merupakan sumber pendapatan kepada keluarga memerlukan ini. Suami, isteri yang bekerja, ibu tunggal, anak sulung, dan lain-lain lagi. 

Tanpa anda, kewangan keluarga anda akan sangat terganggu apabila berlaku musibah yang saya jelaskan tadi.

Bagaimana untuk dapatkan pelan Takaful Income Replacement ini?

Pertama anda perlu kenal pasti keperluan kewangan diri anda. Saya bagi contoh, anda pasti faham.
Contoh:
Nama: Aminah binti Adi
Umur: 27 tahun
Status: Ibu Tunggal
Pekerjaan: Admin (Swasta)
Perbelanjaan kasar: RM2,800/bulan

Sekiranya Puan Amnah ini hilang pendapatan akibat sakit kritikal, hilang upaya kekal, masuk wad, atau kematian, pendapatan beliau boleh dikekalkan dengan pelan income replacement seperti di bawah.

1. Dana kematian/hilang upaya kekal: RM480,000.00
Sekiranya berlaku kematian/hilang upaya kekal, Puan Aminah atau waris boleh laburkan RM480,000.00 itu ke dalam ASB atau Tabung Haji. 

Katakan kadar pulangan adalah anggaran 7% setiap tahun, Puan Aminah akan mendapat RM33,600. 

RM33,600 ini bersamaan 12 bulan perbelanjaan bulanan beliau (RM2800.00 X 12 = RM33,600)

2. Elaun hospital RM94/hari

Sekiranya beliau terpaksa masuk wad, beliau layak claim elaun hospital sebanyak RM94/hari. RM94/hari bersamaan perbelanjaan beliau sehari (RM2,800 / 12 = RM93.33). 

Jadi, pendapatan beliau tidak akan terganggu walaupun majikan tidak membayar gaji ketika masuk wad. 

3. Dana hidap penyakit kritikal : RM68,000.00

Sekiranya beliau disahkan menghidap penyakit kritikal. Beliau layak mendapat dana RM68,000.00. 

Jumlah ini bersamaan dengan 2 tahun perbelanjaan beliau 
(RM2,800.00 X 24 = RM67,200.00) 

4. Khairat kematian dan badal haji: RM2,000.00
Pihak waris Puan Aminah boleh tuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM2,000 untuk pengurusan jenazah dan melalui Amanah Raya Berhad, akan dilaksanakan badal haji untuknya berjumlah RM5,000.00.

Kesemua manfaat dari pelan takaful ini hanya dengan mencarum sebanyak RM145.00/bulan sahaja. Sangat murah dan berbaloi. 

Bila anda boleh dapatkan pelan ini dari saya? Anytime. Whatsapp saya seperti di bawah.
Whatsapp “Nak Pelan Takaful” dan hantar ke 012-2417935

www.wassap.my/60122417935

0 comments:

Post a Comment