Friday, April 17, 2020

Published April 17, 2020 by SJ with 0 comment

HIBAH TAKAFUL- APA KEUNTUNGANNYA BUAT SAYA?

Assalamualaikum.

Malam ke berapa kita ber PKP, saya pun dah tak kira. Saya tak boleh tidur memandangkan petang tadi dah tidur lama. Kadang-kadang isteri dan mak seperti saya sangat memerlukan waktu tengah malam untuk melakukan  perkara-perkara yang disukai tanpa gangguan. Contohnya membelek dan menulis sesuatu di blog.

Dah lama saya nak bercerita tentang persepsi sesetengah orang tentang peranan hibah takaful.
Sebelum saya membebel lebih panjang, risau juga masyarakat yang nampaknya sedikit keliru apa itu hibah takaful. Pelan syarikat awak ada hibah takaful? Saya dah ambil pelan medical card 5 dalam 1, sekarang saya nak ambil hibah takaful. Biasa dengar?

Hibah itu adalah hadiah dari segi bahasanya. Hibah takaful pula adalah Pelan Takaful yang diambil di mana pampasan kematiannya kita hibahkan pada seseorang jika kita meninggal dunia. Tidak kisahlah Pelan Kemalangan ke Pelan Wanita ke, Pelan Haji ke, Pelan Perubatan ke-asalkan pampasan kematiannya diserahkan melalui kaedah Hibah- itulah Hibah Takaful. Dapat sesuatu?

Di Zurich Takaful, semua pelan kami  pampasan kematiannya boleh dihibahkan. Zurich Takaful juga tetap menyediakan pelan hibah yang boleh diambil oleh mereka yang sudah berpenyakit & tidak layak lagi mengambil pelan yang biasa.

Tapi ada juga respond yang berkata contohnya di bawah :

1) Saya tak nak pelan yang hanya bagi manfaat kematian. Buat apa lagi kegunaannya jika saya dah tak ada lagi di dunia ni.

2) Oh, pampasan kematian sahaja ke? Saya ingatkan medical card, kata orang yang dah sakit pun boleh ambil?
                               

Untuk no 1, pernah tak anda mendengar "Takaful ini bukan untuk kamu, tapi untuk keluarga yang akan kamu tinggalkan"




Atau pernah tak mendengar ayat Al-Quran :

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya" (Surah Al-Baqarah, Ayat 240 :

Jadi adakah anda ada cukup simpanan selama SETAHUN buat keluarga di rumah seandainya hari ini anda meninggal dunia? Jika tiada langsung simpanan, takafullah kaedah terbaik untuk anda pastikan isteri dan anak-anak anda ada sumber kewangan sekurang-kurangnya setahun. Anda bayar RM100 sebulan, RM100,000 atau lebih bersamaan lebih dari gaji anda setahun mampu dijadikan hibah tunai buat keluarga.


Untuk no 2,  . Seperti yang sedia maklum, selama ini hanya mereka yang sihat sahaja akan diluluskan untuk menyertai pelan takaful. Walau bagaimanapun kami di Zurich Takaful,  ada disediakan Pelan khusus untuk mereka yang sudah mempunyai rekod penyakit, masalah obesiti dan lain-lain isu yang membuatkan permohonan mereka ditolak untuk pelan takaful yang biasa.

Ianya terdiri daripada 2 pelan iaitu Takaful Sure Cover (untuk umur 35 ke atas, berharga minimum RM 75 sebulan) dan Takaful Senior Gold (untuk umur 50 ke atas, minimum RM50 sebulan). Pelan ini hanya mempunyai manfaat kematian sahaja (kematian biasa ataupun kemalangan). 



Mohon maaf, saya tidak mendengar lagi sebarang pelan medical card & takaful biasa yang boleh diambil oleh mereka yang sudah berpenyakit. 

Anda harus faham, syarikat takaful adalah sebuah institusi yang diamanahkan untuk menguruskan dana ataupun wang sumbangan yang dibayar oleh peserta-pesertanya. Dan konsep takaful ini juga adalah menukarkan wang kecil (sumbangan bulanan peserta) kepada wang besar (pampasan takaful). Bayangkan jika peserta takaful kebanyakannya mereka yang sudah berpenyakit, sudah pasti tabung dana takaful akan terjejas dan akhirnya tidak mampu untuk memenuhi tujuan yang asal iaitu melindungi peserta atau keluarganya apabila ditimpa bencana kewangan akibat kematian, hilang upaya kekal dan sakit.


Harap entry ini boleh menambahkan pengetahuan anda sedikit sebanyak tentang takaful. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun berminat untuk mendaftar pelan takaful, boleh hubungi saya di www.wassap.my/60122417935.

Salam hormat,
Salmi
0122417935




Read More

Friday, April 3, 2020

Published April 03, 2020 by SJ with 0 comment

Pelan Takaful Kemalangan- Sangat Berbaloi

Kemalangan merujuk kepada kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan.

Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku.

Sebagai contoh kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya.

Fakta  Kemalangan Jalan Raya


Setiap hari……….


• Purata 18 kematian akibat kemalangan jalan raya
• Purata 697 kemalangan jalan raya dilaporkan
• Dari 697 kes, 123 melibatkan kecederaan.
• Purata 298 kes kemalangan industri dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008. • 4 dari 298    kes yang dilaporkan adalah kes kematian
• 56 dari 298 kes yang dilaporkan adalah kes Hilang Upaya Kekal
• Setiap bulan, dari tahun 2004 hingga 2008, purata 1,464 kes kebakaran dilaporkan
• Setiap bulan purata 5 kematian dan 6 tercedera dari tragedi tersebut

“PELAN PATINA SERENDAH RM30/SEBULAN”

Di Zurich Takaful kami mempunyai pelan kemalangan yang komprehensif, boleh didapati serendah RM30 sebulan sahaja,

————————————————————————
PELAN PATINA (KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN & HILANG ANGGOTA/HILANG UPAYA)
————————————————————————
Apa yang menarik dengan pelan patina SERENDAH RM30 anda boleh miliki satu perlindungan pampasan. Bayangkan sehari anda menabung RM1 bersama Zurich Takaful tetapi manfaatnya yang anda bakal perolehi sehingga RM50,00.

Untuk business owner yang berminat sangat dialukan sikit sebanyak dapat membantu staff & keluarganya jika berlaku sebarang kemalangan.
——————————————————————
MANFAAT PELAN PATINA ZURICH TAKAFUL :
——————————————————————
  • Kematian akibat kemalangan (sebarang punca)
  • Hilang Anggota atau Hilang Upaya
  • Bayaran balik perubatan
  • Pampasan mingguan (Hilang upaya keseluruhan sementara/Hilang upaya separa sementara)
  • Pampasan patah/kelecuran
  • Elaun hospital harian
  • Bayaran Ambulans
  • Rawatan perubatan alternatif 
  • Diskaun Royalti 20% pada tahun ke 3 caruman
Boleh rujuk jadual di bawah ye untuk memahami lebih lanjut tentang manfaat & coverage di dalam Pelan PATINA.. Lebih mudah hubungi sahaja saya Salmi di 0122417935, sedia membantu anda bila-bila masa.




Read More