Friday, April 17, 2020

Published April 17, 2020 by SJ with 0 comment

HIBAH TAKAFUL- APA KEUNTUNGANNYA BUAT SAYA?

Assalamualaikum.

Malam ke berapa kita ber PKP, saya pun dah tak kira. Saya tak boleh tidur memandangkan petang tadi dah tidur lama. Kadang-kadang isteri dan mak seperti saya sangat memerlukan waktu tengah malam untuk melakukan  perkara-perkara yang disukai tanpa gangguan. Contohnya membelek dan menulis sesuatu di blog.

Dah lama saya nak bercerita tentang persepsi sesetengah orang tentang peranan hibah takaful.
Sebelum saya membebel lebih panjang, risau juga masyarakat yang nampaknya sedikit keliru apa itu hibah takaful. Pelan syarikat awak ada hibah takaful? Saya dah ambil pelan medical card 5 dalam 1, sekarang saya nak ambil hibah takaful. Biasa dengar?

Hibah itu adalah hadiah dari segi bahasanya. Hibah takaful pula adalah Pelan Takaful yang diambil di mana pampasan kematiannya kita hibahkan pada seseorang jika kita meninggal dunia. Tidak kisahlah Pelan Kemalangan ke Pelan Wanita ke, Pelan Haji ke, Pelan Perubatan ke-asalkan pampasan kematiannya diserahkan melalui kaedah Hibah- itulah Hibah Takaful. Dapat sesuatu?

Di Zurich Takaful, semua pelan kami  pampasan kematiannya boleh dihibahkan. Zurich Takaful juga tetap menyediakan pelan hibah yang boleh diambil oleh mereka yang sudah berpenyakit & tidak layak lagi mengambil pelan yang biasa.

Tapi ada juga respond yang berkata contohnya di bawah :

1) Saya tak nak pelan yang hanya bagi manfaat kematian. Buat apa lagi kegunaannya jika saya dah tak ada lagi di dunia ni.

2) Oh, pampasan kematian sahaja ke? Saya ingatkan medical card, kata orang yang dah sakit pun boleh ambil?
                               

Untuk no 1, pernah tak anda mendengar "Takaful ini bukan untuk kamu, tapi untuk keluarga yang akan kamu tinggalkan"




Atau pernah tak mendengar ayat Al-Quran :

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya" (Surah Al-Baqarah, Ayat 240 :

Jadi adakah anda ada cukup simpanan selama SETAHUN buat keluarga di rumah seandainya hari ini anda meninggal dunia? Jika tiada langsung simpanan, takafullah kaedah terbaik untuk anda pastikan isteri dan anak-anak anda ada sumber kewangan sekurang-kurangnya setahun. Anda bayar RM100 sebulan, RM100,000 atau lebih bersamaan lebih dari gaji anda setahun mampu dijadikan hibah tunai buat keluarga.


Untuk no 2,  . Seperti yang sedia maklum, selama ini hanya mereka yang sihat sahaja akan diluluskan untuk menyertai pelan takaful. Walau bagaimanapun kami di Zurich Takaful,  ada disediakan Pelan khusus untuk mereka yang sudah mempunyai rekod penyakit, masalah obesiti dan lain-lain isu yang membuatkan permohonan mereka ditolak untuk pelan takaful yang biasa.

Ianya terdiri daripada 2 pelan iaitu Takaful Sure Cover (untuk umur 35 ke atas, berharga minimum RM 75 sebulan) dan Takaful Senior Gold (untuk umur 50 ke atas, minimum RM50 sebulan). Pelan ini hanya mempunyai manfaat kematian sahaja (kematian biasa ataupun kemalangan). 



Mohon maaf, saya tidak mendengar lagi sebarang pelan medical card & takaful biasa yang boleh diambil oleh mereka yang sudah berpenyakit. 

Anda harus faham, syarikat takaful adalah sebuah institusi yang diamanahkan untuk menguruskan dana ataupun wang sumbangan yang dibayar oleh peserta-pesertanya. Dan konsep takaful ini juga adalah menukarkan wang kecil (sumbangan bulanan peserta) kepada wang besar (pampasan takaful). Bayangkan jika peserta takaful kebanyakannya mereka yang sudah berpenyakit, sudah pasti tabung dana takaful akan terjejas dan akhirnya tidak mampu untuk memenuhi tujuan yang asal iaitu melindungi peserta atau keluarganya apabila ditimpa bencana kewangan akibat kematian, hilang upaya kekal dan sakit.


Harap entry ini boleh menambahkan pengetahuan anda sedikit sebanyak tentang takaful. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun berminat untuk mendaftar pelan takaful, boleh hubungi saya di www.wassap.my/60122417935.

Salam hormat,
Salmi
0122417935




0 comments:

Post a Comment