Wednesday, July 8, 2020

Published July 08, 2020 by SJ with 0 comment

Agen Takaful Asyik Cerita Tentang Mati

Sesungguhnya susah nak memisahkan agen takaful daripada bercerita perkaitan takaful dan kematian.
.
Sebab dah memang itu tujuannya pampasan takaful diwujudkan. Pampasan kewangan kepada waris yang ditinggalkan akibat kematian peserta takaful.
.
Yang pergi tetap akan pergi.
Yang tinggal pula akan menguruskan.
Menguruskan hutang, menguruskan harta, menguruskan kebajikan anak-anak dan keluarga..
.
Pasti ada beza jika ditinggalkan dengan kewangan yang mencukupi berbanding dengan hanya sehelai sepinggang.
.
Kerjaya dalam bidang takaful ini sebenarnya sunyi.
Rakan ada yang menyokong dan ramai pula menjauh.
Tapi jika kita faham peranan sebenar & in shaa Allah, hari-hari bekerja dirasakan sebagai dakwah.

0 comments:

Post a Comment