Thursday, July 25, 2019

Published July 25, 2019 by SJ with 2 comments

Sejarah Takaful

Assalamualaikum

Aku terbaca satu artikel dari FB Encik Yassin Zurich Takaful tentang sejarah dan perkembangan takaful. So maybe bermanfaat untuk kita tahu jugak :

SEJARAH & PERKEMBANGAN TAKAFUL DAN INSURANS DI DUNIA

1. Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi.

2. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :
a) al-Qasamah (urusan perniagaan) : lebih kurang Takaful AM
b) al-Aqilah (urusan kebajikan) : lebih kurang Takaful Keluarga

3. Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin.

4. Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem Takaful ini mula lenyap.

5. Akhirnya, BARAT memperkenalkan INSURANS pada kurun ke-15 yang berasaskan konsep jual-beli.

6. Setelah itu, INSURANS menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun!

7. Apabila penjajah membawa masuk ke negara kita, diorang bawak masuk sekali sistem Insurans dari Barat ini.

8. Pada tahun 1979, Negara Sudan - sebuah negara Islam yang kecil, melahirkan semula Takaful.

9. Pada tahun yang sama, 1979 - para ulama' seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam termasuk Malaysia. setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang jelas, akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM dan Takaful adalah dibenarkan.

10. Tahun 1984 - Akta Takaful 1984 digubal

11. Tahun 1984 - Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan.

12. Sehingga tahun 2015 ini, sebanyak 11 syarikat Takaful telah pun berdaftar dan patuh syariah. hanya 11 syarikat ini sahaja yang menyediakan Perlindungan ISLAM:

1. MAA Takaful (sekarang Zurich Takaful)
2. HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad
3. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
4. Etiqa Takaful
5. Sunlife Takaful Berhad
6. Prudential BSN Takaful Berhad
7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
8. Takaful Ikhlas Berhad
9. AmMetLife Takaful Berhad
10. AIA Public Takaful Berhad
11. Great Eastern Takaful Berhad

Kesimpulan daripada sejarah ini :

1. Sistem perlindungan berlandaskan syariah telah lama diamalkan sejak zaman Nabi & akhirnya merosot & lenyap seiring kemerosotan Empayar Islam / sistem khalifah.

2. Barat memperkenalkan sistem perlindungan insurans konvensional yg mengandungi unsur2 yg bertentangan dgn syariah & menyebarkannya ke serata dunia termasuk ke Malaysia.

3. Kini sistem perlindungan berlandaskan syariah / takaful kembali wujud & marilah kita sama2 menyokong sistem ini yg menjadi sebahagian kekuatan sistem muamalah Islam.


2 comments:

  1. Agent ins hayat adakah wajib memenuhi kontrek menjual ins mengikut target yang ditetapkan

    ReplyDelete
  2. Sorry x perasan this comment.Ada KPI yg ditetapkan oleh Syarikat takaful.

    ReplyDelete